web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Guna Jentera Kerajaan Berkempen Untuk Parti Politik - Fahmi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 7:00AM

Peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) diingatkan tidak sesekali menggunakan jentera kerajaan berkempen untuk parti politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam tadi.

“Melalui sesi tertutup seperti ini, mereka dapat peluang meluahkan pandangan, cadangan dan permasalahan untuk tindakan segera.

“Saya juga mengingatkan semua pegawai JaPen agar jangan sama sekali berkempen untuk parti politik dengan menggunakan jentera Kerajaan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan hari ini berkata sesi bertemu dengan pegawai kementerian atau agensi merupakan antara perkara yang dimasukkan dalam jadualnya pada setiap kali turun ke negeri-negeri.

Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang akan terlibat dalam PRN tidak lama lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penyelesaian Mengenai Kad Perakuan Media Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat - Fahmi

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar