web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yusuf Islam Jemputan Istimewa Majlis Syarahan MADANI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 9:00AM

Perdana Menteri (empat, kiri) menerima buku bertajuk Peace Train daripada Yusuf Islam (kanan) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pemuzik tersohor British Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens, hari ini membuat penampilan istimewa sebagai penceramah jemputan pada majlis Syarahan MADANI di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam ucapan alu-aluan beliau berkata Yusuf adalah seorang daie yang memperjuang keamanan dan menggunakan dakwah sebagai senjata ampuh serta bertukar-tukar pandangan dengan pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej sebenar Islam.

"Hari ini kita amat bertuah dengan kehadiran Yusof Islam, bagi saya beliau adalah seorang individu yang hebat serta mengagumkan.

"Beliau memiliki keberanian serta komited melaksanakan tanggungjawabnya dengan begitu gigih. Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, semasa dunia dilanda malapetaka yang tragik, beliau masih menyampaikan mesej yang amat positif dek kerana komitmennya yang begitu utuh terhadap Islam," kata Anwar.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Naim Mokhtar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Anwar berkata tradisi majlis Syarahan MADANI ini akan diteruskan dengan penceramah jemputan bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara.

"Alhamdulillah, kita mempunyai tradisi ini untuk menimba ilmu dan belajar tentang dakwah di kediaman rasmi Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, dalam ceramah beliau, Yusuf menceritakan perjalanan hidupnya ketika mencari ilmu tentang Islam bagi mendalami ajaran serta prinsip-prinsip agama suci ini.

Turut dikongsi bagaimana Yusuf terpaksa bergelut menepis prejudis dan sikap berat sebelah masyarakat sekeliling yang akhirnya membawa beliau mencari ketenangan serta bimbingan daripada ayat-ayat suci al-Quran.

Di sebalik cabaran yang terpaksa dihadapi dalam komuniti Islam, beliau menegaskan bahawa prinsip-prinsip Islam adalah kekal relevan sepanjang zaman terutama dalam aspek melindungi hak asasi manusia dan menjaga bumi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad