web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Madani Komited Pastikan Keseimbangan Sosioekonomi Rakyat - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 8:09PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan MADANI komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan yakin inisiatif antaranya menerusi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mampu menjana pendapatan komuniti terutama di luar bandar dan akan dapat menoktahkan kemiskinan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, PEDi yang pada mulanya menawarkan akses Internet secara kolektif di kawasan luar bandar, terutama bagi golongan kurang berkemampuan, kini telah berevolusi sebagai pusat sehenti yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.

"Setiap PEDi dilengkapi capaian Internet serta menawarkan latihan teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan digital serta e- pembelajaran bagi manfaat komuniti setempat khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana, golongan belia dan pelajar," katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.

Beliau mengajak golongan belia untuk turut meneroka peluang lain yang tersedia, meskipun ramai dalam kalangan anak muda berharap memperoleh pekerjaan berdasarkan bidang pengajian masing-masing.

"Apabila bercakap tentang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), penekanan utama adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu melalui penguasaan kemahiran teknikal yang bersifat amali atau praktikal.

"Antara penguasaan bidang kemahiran TVET adalah pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan servis diagnostik kenderaan ringan, penyediaan dan pembuatan makanan serta rekaan grafik," katanya.

Justeru, Fahmi berkata, pelajar TVET sebenarnya cukup bertuah kerana menguasai kemahiran teknikal yang bukan sahaja mampu diolah menjadi perniagaan dalam bentuk perkhidmatan dan produk, malah ia akan membolehkan golongan belia sendiri menjadi majikan.

Beliau berkata, melalui pelbagai latihan keusahawanan yang komprehensif dan galakan untuk golongan belia menceburi bidang keusahawanan khususnya perniagaan dalam talian, mereka berpeluang menjalankan operasi perniagaan dalam komuniti masing- masing tanpa perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Fahmi juga berkata, liputan 4G di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang telah mencapai 99.88 peratus, manakala peratusan liputan 5G mencatatkan 90.3 peratus.

"Menerusi projek JENDELA (Jalinan Digital Negara), 120 struktur pemancar baharu, 2,106 naik taraf stesen pemancar (4G/LTE) dan 308,072 ketersediaan sambungan gentian optik (premis) telah berjaya disiapkan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar