web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pempengaruh Diingatkan Hati-Hati Kendali Podcast - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 8:27PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan pempengaruh untuk mengawal secara kendiri dan berhati-hati apabila mengendalikan podcast atau memuat naik kandungan di media sosial supaya tidak memberikan kesan kepada masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.

"Waktu ini kita belum lagi melihat ada keperluan (untuk tindakan). Saya setuju dengan saudara Khairy Jamaluddin, kepada pempengaruh perlu faham apa kuasa pengaruh kita.

"Kita harap industri dapat kawal secara kendiri tetapi sekiranya keadaan bertambah serius kita perlu meneliti tindakan yang perlu diambil," katanya selepas melancarkan Youth Empowerment Fair (YEF2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Fahmi mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh yang membuat kandungan kurang membina sehingga boleh menjejaskan masyarakat.

Sebelum ini, penyampai radio Hot FM yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan pengendali podcast untuk peka isu sensitif dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai topik yang ingin dibincangkan.

Fahmi turut meminta ibu bapa untuk memantau kandungan media sosial yang diperoleh oleh anak-anak agar tidak terpengaruh.

"Di kawasan saya Lembah Pantai, saya minta guru-guru besar, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk menyampaikan kepada ibu bapa dan kanak-kanak sekolah rendah untuk berhati-hati dengan apa yang mereka peroleh daripada media sosial termasuk podcast dan platform TikTok supaya tidak terpengaruh.

"Insya-Allah, kita akan selaraskan beberapa tindakan kerjasama yang boleh diusahakan sekali dengan Kementerian Pendidikan," katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Digital Gobind Singh Deo berkaitan pelaksanaan jawatankuasa teknikal melibatkan isu keselamatan dalam talian, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut Fahmi, keselamatan kanak-kanak menjadi keutamaan kerajaan dengan satu daripada fokus adalah untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang sedia ada menerusi media sosial.

"Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan selaraskan dengan beberapa kementerian untuk melihat dari segi perundangan apa yang perlu dipinda atau diwujudkan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekarang," katanya.

Pada masa sama, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok selepas perayaan Tahun Baharu Cina, serta beberapa pengendali media sosial lain untuk membincangkan isu keselamatan kanak-kanak dalam talian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad