web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan, Najib Berhak Merayu - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 10:13AM

Tangkap layar wawancara Al Jazeera bersama Perdana Menteri semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurangan jumlah hukuman dan denda yang diberikan ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang diumumkan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya seharusnya dihormati semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib mempunyai hak untuk membuat permohonan pengampunan dan ia tidak boleh dihalang oleh Perdana Menteri atau kerajaan.

Menurut beliau, walaupun keputusan permohonan bekas Ahli Parlimen itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang telah tamat tempoh pemerintahan 30 Januari lalu, ia perlu dihormati.

“ Datuk Seri Najib melalui proses perundangan dan kini berada di penjara. Tapi adalah menjadi hak semua rakyat yang disabitkan bersalah untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Bagaimanapun, masih ada kes lain yang sedang berjalan di mahkamah dan perlu diteruskan. Pada masa sama, Najib mempunyai hak untuk sekali lagi mengemukakan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17. Proses ini harus dihormati dan ia di luar bidang kuasa Perdana Menteri atau kerajaan,” katanya.

Anwar menyatakan demikian menerusi wawancara bersama stesen televisyen Al Jazeera yang disiarkan secara langsung, semalam.

Semalam, Urusetia Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan, Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda sebanyak 50 peratus, susulan keputusan ditetapkan mesyuarat lembaga kali ke-61 yang bersidang 29 Januari lalu.

Serentak dengan itu menurut beliau, Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028, manakala denda yang perlu dibayar ialah RM50 juta.

“Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, sekali gus bermakna beliau hanya akan dibebaskan pada 23 Ogos 2029,” katanya.

Mengulas isu sama, Anwar berkata, beliau pernah berada dalam senarai Ahli Lembaga Pengampunan, ketika memegang portfolio sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

“Yang di-Pertuan Agong sebagai monarki berpelembagaan bagaimanapun tetap meminta pandangan Peguam Negara, Perdana Menteri dan ramai lagi.

“Tetapi sudah tentu baginda (memainkan peranan) sebagai kubu terakhir yang menjunjung perlembagaan dan perundangan negara,” katanya.

Jelas Perdana Menteri, beliau sentiasa menghormati keputusan ditetapkan Al Sultan Abdullah sebelum ini.

“Kini kita memiliki Agong baharu. Apapun tanggapan orang, sudah semestinya berunsur politik, ada yang menyokong, ada yang tidak.

“Tapi mereka tidak boleh mengetepikan fakta bahawa anda perlu menghormati hak semua pesalah untuk membuat permohonan kepada Lembaga Pengampunan,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar