web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Tipu Urusan Umrah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 6:59PM

Muzzamil Soliheen Musa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang pemilik syarikat pelancongan dan umrah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki berkaitan pakej umrah, tahun lalu.

Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan RM115,030 dan beliau tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdaya oleh tertuduh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat miliknya di Nilai dari 23 hingga 30 Januari 2023.

Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan melapor diri ke balai polis berdekatan setiap bulan, manakala pasport diserahkan pada mahkamah serta dilarang mengganggu saksi sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Kalaivaanan, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Musthafa.

Muzzamil Soliheen turut minta dibicarakan atas pertuduhan memperdaya seorang wanita berusia 31 tahun untuk menyerahkan wang RM51,330 bagi tujuan sama di syarikat berbeza dari 13 Januari hingga 23 Februari 2023.

Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan yang serupa.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan bagi kes kedua dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi.

Kedua-dua kes akan disebut semula bagi serahan dokumen masing-masing pada 11 dan 12 Mac ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Semasa 21 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

4

Semasa 4 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad