web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Razaruddin Minta Ketua Polis Daerah Pantau Pegawai, Anggota Polis 'Hidup Mewah'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 4:33PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua Ketua Polis Daerah (KPD) diminta memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota polis di peringkat bawah serta pentadbiran masing-masing, jika ada antara mereka yang hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, KPD akan dipertanggungjawabkan sekiranya pihak ibu pejabat polis Bukit Aman mengesan ada pegawai atau anggota di bawah mereka yang hidup mewah, tidak setara dengan pendapatan.

"Pihak KPD yang tidak tahu, atau buat-buat tak tahu ada pegawai atau anggota polis hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, maka mereka diminta keluar (meninggalkan perkhidmatan polis).

"Mereka ini tidak layak menjadi KPD, tidak ada standard menjadi commanding post jika mereka terlibat dan bersekongkol dengan pegawai atau anggota polis yang hidup mewah (terima rasuah dan lain-lain)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan Amanat Ketua Polis Negara sempena perjumpaan khas bersama kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Daerah Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, malam tadi.

Razarudin mengaku bahawa penyelia memainkan peranan penting dalam memantau setiap aktiviti pegawai dan anggota bawahan bagi mengelak salah laku.

"Janganlah KPD duduk di kerusi empuk dan menunggu Ketua Bahagian Jenayah hantar duit dan lain-lain, saya minta mereka yang terlibat berambus," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kerajaan Pantau Paras Empangan, Pastikan Bekalan Air Cukup

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad