web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar Bantah Sewa Naik 'Mencanak'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 8:48AM

Sebahagian peniaga berkumpul menyatakan bantahan terhadap penswastaan medan selera Pasar Besar Alor Setar yang menjadi punca kenaikan kadar sewaan dari RM90 kepada RM550 sebulan pada sidang media di Pasar Besar Alor Setar, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 30 peniaga di Medan Pasar Besar di sini, membantah kadar sewa tapak niaga baharu yang didakwa 'naik mencanak' dan menuntut penjelasan segera daripada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenai perkara tersebut.

Peniaga mendakwa kadar sewa dinaikkan daripada RM90 kepada RM550, dijangka berkuat kuasa 1 Februari ini, dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal kerana boleh menyebabkan mereka 'gulung tikar' memandangkan kebanyakannya adalah peniaga kecil daripada golongan B40.

Peniaga minuman, Shahi Zabiad Mohd Sharif, 35, berkata, masalah timbul selepas medan selera itu diswastakan kepada sebuah syarikat yang telah menjalankan kerja-kerja menaik taraf dan menguruskannya sejak tiga bulan lalu.

"MBAS tidak maklumkan tentang penswastaan itu, tiba-tiba wakil syarikat swasta datang beritahu syarat dan kadar sewa baharu dinaikkan daripada RM90 kepada RM550 sebulan dan juga kena bayar deposit RM2,000 untuk mula berniaga semula pada 1 Februari depan.

"Kami terkejutlah, saya rasa inilah rekod sewa tertinggi di Alor Setar. Di mana kami nak cari duit sedangkan kami jual kopi, jual nasi lemak saja, harapan kami agar diturunkan pada kadar munasabah," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shahi Zabiad berkata, dia juga kecewa dengan sikap pihak berkenaan yang mendakwa akan menyingkirkan peniaga yang gagal melunaskan sewa bulanan secara konsisten dan akan memasukkan peniaga baharu.

"Kita dah pi ke MBAS pagi tadi dan pihak MBAS kata Datuk Bandar ada mesyuarat. Kita akan bertemu semula untuk minta pencerahan mengenai penswastaan itu dan sewa yang tinggi... minta MBAS tolong campur tangan dalam isu ini," katanya.

Zahira Shokut Ali, 45, pula berkata, kenaikan itu tidak patut berlaku kerana tiada perubahan pada tapak niaga, kelengkapan dan kemudahan lain di premis mereka.

"Kami berniagapun tak okey sangat la ni. Isnin sampai Khamis tak ada orang, Jumaat sampai Ahad saja ada ramai orang... ada peniaga ibu tunggal, anak banyak sekolah, anak nak pi universiti, nak pakai duit banyak. Bulan puasa nanti kami cuti sebulan tak berniaga, kami nak bayar sewa macam mana," katanya yang juga menjalankan perniagaan menjual air.

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia negeri Kedah, Baharudin Mohd Ali berkata, pihaknya telah menghantar surat bantahan penswastaan medan selera pasar berkenaan kepada pihak MBAS untuk tindakan lanjut.

"Kita harap MBAS dapat mencari jalan penyelesaian terbaik kepada peniaga yang telah lama berniaga di situ. Kita harap ada satu pertemuan dengan semua peniaga dalam tempoh terdekat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

3 Lagi Suspek Larikan Seorang Pemuda Ditahan

3

Muzik 3 tahun yang lalu

8,000 Hadir Ke Konsert Jelajah Suria Di Kedah, Shuib Selamba Beri RM500 Pada Pengunjung Bertuah!

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terpisah Selama 25 Tahun, Akhirnya Imam Muda Asyraf Kembali Bertemu Rakan Lama Yang Buta Waktu Di Maahad 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad