Berita Terkini

23 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


8,000 Hadir Ke Konsert Jelajah Suria Di Kedah, Shuib Selamba Beri RM500 Pada Pengunjung Bertuah!

Biarpun tarikh konsert terpaksa dianjak ke hari Ahad demi menghormati sambutan Israk Mikraj, namun sambutan daripada warga utara tetap meriah apabila pekarangan Aman Sentral Alor Star Kedah dibanjiri dengan lautan manusia

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 5:00PM

Selain dihiburkan dengan persembahan mantap daripada barisan artis popular, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan dan celoteh daripada penyampai-penyampai Suria yang sentiasa menceriakan suasana - Gambar Suria FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 8,000 pengunjung membanjiri pusat beli-belah Aman Sentral, Alor Setar, Kedah Ahad lalu sempena Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang bertempat di Aman Sentral Alor Setar Kedah.

Selain menampilkan barisan penyampai radio Suria yang terdiri daripada DJ Lin, Shuib, Ajak, Suraya Borhan, Sharifah Shahira, Tyzo, Feeya Iskandar dan Anna J, konsert ini juga turut menampilkan artis-artis popular tanah air daripada era 80-an, 90-an, dan yang terkini.

Antara penyanyi-penyanyi yang terlibat dalam siri jelajah yang kedua ini ialah Aishah, Aris Ariwatan, Nabila Razali, Khai Bahar, Ruffedge, Kristal X, Exist, Danial Kifli, Heedan Mohd, Aqeesh Aleeya, Aiman Zaidi, Wani Annuar dan Syameer Azmi

Turut ditampilkan dalam siri jelajah ini ialah duta kepada Anggun Cotton Collection iaitu selebriti popular, Yana Samsuddin yang membuat kemunculan khas sempena mempromosikan jenama pakaian Muslimah itu.

Biarpun konsert yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu ini terpaksa dianjak kepada hari Ahad demi menghormati sambutan Israk Mikraj, namun sambutan yang diberikan warga Kedah tetap meriah meskipun hari tersebut merupakan hari bekerja bagi negeri Kedah Darul Aman. 

Pengurus stesen Suria iaitu Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata pada mulanya dia agak gusar memikirkan terpaksa menukar hari konsert ini kepada hari Ahad, namun keresahannya bertukar menjadi kelegaan selepas melihat kehadiran 8,000 pengunjung yang hadir.

“Sepanjang mengadakan siri Jelajah Suria, kami belum pernah melakukan konsert pada hari lain kecuali hari Sabtu, Hari Sabtu adalah hari yang terbaik untuk orang ramai keluar bawa keluarga bersama untuk membeli belah dan sebagainya. 

“Ini adalah kali pertama kita melakukannya pada hari Ahad demi menghormati sambutan Israk Mikraj. Suria FM memahami dan mengambil kira sensitiviti masyarakat. Jadi biarlah hari Sabtu itu dipenuhi dengan aktiviti yang lebih Islamik. 

“Pada mulanya saya agak risau mengenangkan akan adakah pengunjung yang akan datang memandangkan hari Ahad merupakan hari bekerja di sini. 

“Namun disebabkan tarikh ini merupakan tarikh cuti persekolahan, jadi ramai ibu bapa yang membawa anak-anak untuk meluangkan masa bersama di sini. Kami juga memastikan barisan artis yang dibawa ke sini mampu untuk menarik perhatian warga utara untuk turun ke konsert jelajah ini. 

“Kami sangat terharu dengan sambutan daripada warga utara yang sangat ‘sporting’ bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Alor Setar ini. 

“Kalau kita lihat, lautan manusia telah membanjiri lokasi konsert jelajah ini sekali lagi selepas di Johor Bahru pada minggu sebelumnya.  

“Saya juga difahamkan ada pendengar-pendengar Suria yang datang dari Perlis dan Perak untuk sama-sama memeriahkan konsert ini,” katanya.

Selain dihiburkan dengan persembahan mantap daripada barisan artis popular, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan dan celoteh daripada penyampai-penyampai Suria yang sentiasa menceriakan suasana.

Sewaktu segmen bersama Shuib dan Ajak, mereka berdua secara spontan telah memberikan wang tunai kepada pengunjung yang hadir. Ajak pada mulanya menawarkan wang tunai bernilai RM50 kepada pengunjung yang memujinya kacak. 

Kemudian Shuib membuat kejutan dengan memberikan RM500 kepada seorang pengunjung yang telah memujinya kacak sekali gus menggamatkan suasana di pekarangan Aman Sentral dengan sorakan pengunjung yang hadir.

Sementara itu dua penyanyi ‘otai’ iaitu Aishah dan Aris Ariwatan berkata, mereka sangat gembira dan teruja kerana dapat turut serta dalam siri jelajah Suria kali ini sekali gus mengembalikan nostalgia sewaktu zaman muda mereka ketika sering mengadakan persembahan ‘road tour’ bertemu peminat.

“Saya rasa seperti awet muda. Bila dapat peluang seperti ini, saya rasa gembira, tiada masa untuk kemurungan. Saya suka dapat kembali dekat dengan peminat walaupun ramai di antara mereka yang kini sudah pun bergelar ibu yang sewaktu dengan saya,” kata Aishah.

Tambah Aishah lagi, dia sangat terharu dan beruntung kerana ramai peminatnya yang hadir ke konsert jelajah itu boleh menyanyikan lagu-lagunya bersama.

“Bayangkan lagu 'Janji Manismu' diterbitkan pada tahun 1990, lagu 'Cinta Beralih Arah' pula pada tahun 1995. Ramai kat bawah tu yang masih dalam syurga lagi. Bila mereka dapat ‘sing along’ lagu-lagu saya, pada saya itu adalah satu pencapaian,” ujarnya.

Sementara itu bagi Aris Ariwatan pula, ini adalah kali pertama dia terlibat dengan siri jelajah Suria dan teruja untuk bertemu peminat setelah sekian lama.

“Apa yang dilakukan oleh radio Suria ini iaitu jelajah bertemu peminat di seluruh negara sebenarnya sudah berlaku di zaman kami dahulu. 

“Pada saya perkara ini sangat bagus dan perlu diteruskan. Bukan sekadar mengejar ‘rating’, tetapi kita harus membawa tema-tema tertentu untuk mendekati secara fizikal dengan peminat supaya mereka dapat lihat persembahan serta bertemu artis secara dekat bukan hanya di media sosial sahaja,” katanya. 

Bagi penyanyi popular, Nabila Razali pula dengan sangat berterima kasih dengan Suria kerana sering tidak melupakan namanya setiap kali siri jelajah Suria diadakan setiap musim. 

"Radio Suria sentiasa menyokong kerjaya seni saya sejak dari awal pembabitan saya sehingga kini mereka sering memutarkan lagu-lagu saya di radio termasuk lagu saya yang terbaru. Saya selamanya berasa terhutang budi dengan Suria. 

"Saya seronok dapat jelajah bertemu peminat bersama Suria di seluruh Malaysia. Setiap lokasi penerimaan peminat sangat positif dan berbeza-beza 'vibes'.  Bila peminat dapat menyanyikan lagu kita bersama-sama, pada saya ia merupakan satu pencapaian dalam karier saya," kongsinya.

Selain berhibur dengan persembahan artis, turut disediakan di majlis yang sama ialah gerai jualan pakaian Anggun Cotton Collection di mana promosi istimewa tiga pasang RM100 diberikan hanya di lokasi jelajah.

Jenama AC Gas turut membuka ‘booth’ di setiap lokasi bagi pengguna mendapatkan info tentang produk mereka. Juga kedai barangan Suria yang menjual ‘merchandise’ Suria seperti T-shirt dan sebagainya.

Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan diteruskan pada hujung minggu ini di Kuantan, Pahang dan seterusnya akan berakhir di Petaling Jaya. – Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar Bantah Sewa Naik 'Mencanak'

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 11 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 8 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 4 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran