web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terpisah Selama 25 Tahun, Akhirnya Imam Muda Asyraf Kembali Bertemu Rakan Lama Yang Buta Waktu Di Maahad 

Asyraf turut membawa mengimbau zaman kanak-kanaknya yang sentiasa mencari sekolah Maahad untuk mempelajari Al-Quran.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 4:18PM

Imam Muda Asyraf (kiri) dan Abang Samuri. - Gambar ihsan Instagram Imam Muda Asyraf 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir 25 tahun berpisah! Akhirnya, Imam Muda Asyraf telah berpeluang untuk bertemu semula dengan sahabat lamanya sewaktu mereka sama-sama belajar di Maahad Tahfiz Derga, Alor Setar, Kedah. 

Tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya, Asyraf telah memuat naik sebuah hantaran untuk menceritakan tentang sahabatnya itu yang juga seorang insan istimewa cacat penglihatan. 

Pertemuan itu telah berlangsung kira-kira seminggu yang lalu, namun tempatnya di mana pertemuan itu diadakan tidak pula dinyatakan. 

Dalam hantarannya yang dimuat naik itu, Asyraf telah menceritakan detik-detik pertemuannya dengan insan istimewa yang digelar Abang Samuri itu. 

“Kawan saya cakap, ustaz ada sebut nama saya dalam ceramah ustaz. Ustaz kenal saya ka? Ustaz Imam Muda Asyraf ni sama ka dengan Asyraf yang duduk mengaji dengan saya dulu?, “ itulah soala pertama yang diajukan Abang Samuri kepada Asyraf. 

Sebaik saja mendengar soalan itu, Asyraf terus memeluk Abang Samuri. 

Gambar ihsan Imam Muda Asyraf
Gambar ihsan Imam Muda Asyraf

“Terus saya memeluk insan istimewa ini. Matanya tidak kelihatan. Ini telah menghalang beliau dari mengenali wajah saya. Namun benar hatinya terang bagai purnama.

“Setelah hampir 25 tahun terpisah. Beliaulah insan yang banyak saya luangkan waktu bersama ketika belajar di Maahad Tahfiz Derga Alor Setar, Kedah.

“Ada ketikanya saya khidmat membantu beliau. Memimpin beliau ke kelas, surau dan lain-lain. Ada ketika kami menghafaz al-Quran bersama.

“Saya memanggilnya Abang Sumairi. Seorang al-Hafiz Quran yang buta matanya. Dan kini beliau menjadi guru al-Quran bagi mereka yang cacat penglihatan,” tulisnya. 

Asyraf turut membawa pengikutnya mengimbau zaman kanak-kanaknya. 

“Saya terus mengimbau zaman saya kanak-kanak. Zaman di mana Maahad Tahfiz tidak sebanyak seperti hari ini. Saya yang hanya pelajar sekolah biasa ketika itu teramat meminati bidang al-Quran.

“Sehinggakan tiada cuti sekolah bagi saya. Mama berkorban rasa rindukan anaknya. Kerana setiap kali cuti sekolah, saya akan pergi ke mana-mana Maahad Tahfiz yang beroperasi. Dari Maahad Tahfiz Sungai Rusa Pulau Pinang, sehingga ke Mahad Tahfiz Derga, ramai kenalan lama yang saya rindui.

“Hari ini hari yang gembira buat saya. Bertemu insan yang bagi saya mujahadah hidupnya bersama Al-Quran walau serba kekurangan.

Tiada apa yang saya hajatkan dari beliau melainkan agar Abang Sumairi mengiringi doa malam-malam harinya agar Allah SWT menjadikan saya insan yang soleh serta mengampunkan segala dosa kesalahan saya yang tidak terhitung banyaknya,” katanya. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar Bantah Sewa Naik 'Mencanak'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsert Bukan Anjuran Kerajaan Tapi Pihak Korporat, Swasta - Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KEPCI Music Festival: Kerajaan, KFC Tak Terlibat Jemput Pelajar Tahfiz

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.