web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 12:05PM

Kerja-kerja membersihkan tumpahan susu getah giat dijalankan - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebuah treler terbabas di Kilometer 41.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Sabtu lalu, mengakibatkan tumpahan kira-kira 40,000 liter susu getah (lateks) yang mencemarkan kawasan parit serta sawah berhampiran.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, keadaan itu dikhuatiri menjejaskan tanaman padi milik pesawah di kawasan berhampiran.

Malah katanya, ketika ini kawasan tersebut sudah mula diselubungi bau yang tidak menyenangkan.

"Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6.40 petang, Sabtu lalu. Pada awalnya anggaran jajaran parit terjejas cuma sejauh kira-kira 300 meter saja.

"Namun pemeriksaan susulan dijalankan pihak kami semalam mendapati susu getah yang tertumpah itu sudah bergerak melebihi 500 meter hingga sebahagiannya masuk ke kawasan sawah," katanya.

Kesemua susu getah itu difahamkan tertumpah dari dua kontena yang dibawa treler berkenaan.

Nahas tersebut berlaku hanya kira-kira 500 meter selepas Tol Hutan Kampung menuju ke selatan dan kenderaan itu dipercayai membawa bahan berkenaan dari Hatyai, Thailand menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang.

Nahas tersebut berlaku hanya kira-kira 500 meter selepas Tol Hutan Kampung menuju ke selatan. - Gambar Rafisqi Radhi
Nahas tersebut berlaku hanya kira-kira 500 meter selepas Tol Hutan Kampung menuju ke selatan. - Gambar Rafisqi Radhi

Menurutnya, JAS Kedah telah mengarahkan syarikat lori terlibat melantik kontraktor bagi melakukan kerja-kerja menyedut sisa tumpahan susu getah serta melakukan pembersihan sejak hari kejadian.

Sharifah Zakiah memberitahu, tindakan awal PLUS turut membantu meminimumkan aliran susu getah tersebut apabila mereka menyekat pengaliran susu getah berkenaan dengan meletakkan beg guni berisi pasir dan tanah di jajaran longkang.

"Ketika ini syarikat kontraktor dari Pulau Pinang telah dilantik untuk melakukan kerja pembersihan dan mereka mula mengepam keluar sisa susu getah tersebut yang sudah bercampur air sejak pagi semalam.

"JAS telah mengambil sampel sisa tumpahan susu getah tersebut. Pemantauan berterusan masih dilakukan bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan secara sempurna dan bahan buangan dihantar ke premis kitar semula getah berlesen di Pulau Pinang," katanya.

Tambahnya, setakat semalam sebanyak tiga lori digunakan untuk mengangkut sisa getah dengan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira 36 tan.

Katanya, kerja-kerja mengepam bahan yang tumpah itu masih berterusan dan dianggarkan mengambil masa dua atau tiga hari lagi untuk selesai.

"Kami menasihatkan syarikat-syarikat lori untuk membuat pemeriksaan rapi terhadap kenderaan berat digunakan bagi mengangkut bahan mentah seperti bahan kimia, susu getah dan sebagainya. Kalangan pemandu juga perlu dipastikan terlatih dan berada dalam keadaan baik bagi mengelak kemalangan sebegini.

"Dalam masa sama, syarikat juga perlu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan senarai kontraktor berkelayakan yang boleh dipanggil untuk melakukan pembersihan secepat mungkin, sekiranya berlaku tumpahan di mana-mana," katanya. - Getaran, 2 Julai 2024.
 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kot Ya Pun Nak 'Healing', 'King' Tak Payahla 'Join' Sekali

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Medan Pasar Besar Alor Setar Bantah Sewa Naik 'Mencanak'

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lori Terbabas Dalam Sawah, Pemandu Selamat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MADA Beri Jaminan El Nino Tidak Jejas Tanaman Padi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad