web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MADA Beri Jaminan El Nino Tidak Jejas Tanaman Padi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 9:17PM

MADA memaklumkan status keseluruhan takungan empangan di kawasan Muda berada pada tahap baik dan mencukupi untuk menampung keperluan aktiviti tanaman padi bagi musim berkenaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fenomena El-Nino atau cuaca kering yang dijangka berlaku pada bulan ini, tidak akan menjejaskan aktiviti penanaman padi musim pertama (1/2023) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Jurucakap MADA menerusi kenyataan memaklumkan, status keseluruhan takungan empangan di kawasan Muda berada pada tahap baik dan mencukupi untuk menampung keperluan aktiviti tanaman padi bagi musim berkenaan.

Katanya, sumber air utama pengairan padi adalah daripada pelepasan empangan dan bekalan air pengairan itu mencukupi mengikut fasa pengairan jadual penanaman padi.

“Kapasiti takungan Empangan Pedu adalah 71.89 peratus; Empangan Muda (55 peratus) dan Empangan Ahning (97.47 peratus). 

“Jumlah takungan ketiga-tiga empangan sebanyak 370,327 hektar ini mampu memenuhi keperluan sumber air bagi pengairan musim pertama,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelasnya, sentiasa peka dengan cuaca semasa dan berada dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku fenomena El-Nino seperti ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“MADA sentiasa mengutamakan kepentingan aktiviti tanaman padi dan memantau keadaan cuaca semasa serta pelaksanaan kemajuan aktiviti di peringkat sawah.

“Ini perlu bagi memastikan bekalan air dapat diagihkan dengan sempurna mengikut fasa yang ditetapkan serta memastikan penanaman padi Musim 1/2023 berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, MADA menegaskan, status kemajuan aktiviti penyediaan tanah tidak terjejas walaupun jumlah hujan di kawasan terbabit bagi tempoh Januari hingga awal Mei, lebih rendah iaitu 343 milimeter (mm) berbanding purata turunan hujan 20 tahun sebanyak 439 mm.

Jelasnya, agensi berkenaan akan memastikan bekalan air dapat diagihkan dengan sempurna mengikut fasa yang ditetapkan dan memaksimumkan stesen pam guna semula bagi menjimatkan air dari empangan.

“Selain itu, pengoperasian pam bergerak juga akan dilakukan untuk membekalkan air ke kawasan tanah tinggi dan tanah bermasalah,” katanya.

MADA turut menasihatkan petani agar mempercepatkan aktiviti dan mematuhi jadual penanaman padi yang dikeluarkan, selain mengesyorkan mereka menjalankan putaran basah serta aktiviti penanaman mengikut fasa ditetapkan.

“Kerjasama peladang menguruskan air di peringkat sawah secara berhemah adalah penting bagi memastikan bekalan air dapat diagihkan dengan sempurna dan mengelak pembaziran,” jelasnya.

Semalam, METMalaysia menyatakan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami taburan hujan lebih rendah susulan Monsun Barat Daya, bermula 15 Mei dan berterusan sehingga September depan.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, sepanjang monsun berkenaan, angin lazimnya bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil.

Menurut beliau, jerebu juga boleh berlaku jika pembakaran terbuka tidak terkawal dalam tempoh Monsun Barat Daya, terutama antara Julai hingga September.

Tegasnya, pembakaran terbuka perlu dielak bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar. - Getaran, 10 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Smart SBB Mampu Tarik Minat Golongan Muda Sertai Penanaman Padi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad