web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasuah: Penjawat Awam Didenda RM30,000 Salah Guna Kedudukan, Jawatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 8:34PM

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Ab Hanif Ab Hamid didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pilihan salah guna kedudukan dan jawatan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan salah guna kedudukan dan jawatan dengan melantik syarikat adiknya sebagai pembekal bagi sembilan kerja-kerja pembekalan pada 2018.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas Ab Hanif Ab Hamid, 43, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan pada prosiding hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Ab Hanif, yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan perkhidmatan pembekalan daripada Kerajaan Malaysia untuk syarikat adiknya, Perniagaan Thronez Enterprise yang bernilai keseluruhan RM19,663.50 bagi bagi Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) iaitu pembelian racun (RM5,000), peralatan tandas (RM10,163.50) serta mesin rumput (RM4,500).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BAKAS, Pejabat PKD Jasin antara 4 Julai dan 2 November 2018 mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka, Irwan Shah Abdul Samat memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia melibatkan projek kerajaan dan tertuduh adalah penjawat awam, manakala peguam Wan Shahrizal Wan Ladin merayu hukuman denda minimum tanpa penjara kerana anak guamnya menghidap penyakit saraf kronik serta bakal kehilangan pekerjaan dan pencen.

Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan membenarkan permohonan pendakwaan untuk mempertimbang enam lagi pertuduhan mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penolong Pegawai Tadbir JHEAT Berdepan 24 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek