web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Konsortium Hantar Cadangan HSR KL-Singapura Kepada MyHSR Corp

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 8:24PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh konsortium tempatan dan antarabangsa, terdiri daripada 31 firma yang mewakili spektrum penuh projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) menjelang tarikh akhir hari ini.

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata, hasil daripada penilaian Proses Permintaan Maklumat (RFI) akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Kabinet untuk pertimbangan.

"Sekiranya maklum balas positif, kita akan beralih ke fasa kedua dengan peringkat Permintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi mendapatkan cadangan terperinci daripada konsortium terpilih," katanya, dalam satu kenyataan.

Cadangan konsep untuk projek HSR telah dikemukakan sebagai tindak balas kepada langkah RFI yang dilancarkan MyHSR Corp pada Julai 2023 untuk mempelawa pemain tempatan serta antarabangsa daripada sektor swasta bagi menyampaikan projek berdasarkan inisiatif perkongsian awam-swasta mengenai reka bentuk-kewangan-bina-kendali-pindah (DFBOT).

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura telah mengumumkan penamatan projek HSR selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 4 Ogos 2023 bahawa Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek HSR kepada Singapura selepas keputusan awal mengenainya dibuat oleh kerajaan.

Beliau berkata, cadangan baharu itu kemudiannya akan disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada Singapura untuk dipertimbangkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 5 tahun yang lalu

 Axiata, RHB Meterai MOU Perkukuh Kerjasama Bagi Lesen Bank Digital

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad