web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 Axiata, RHB Meterai MOU Perkukuh Kerjasama Bagi Lesen Bank Digital

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 3:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Axiata Group Bhd, satu daripada kumpulan telekomunikasi utama, dan RHB Banking Group (RHB) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mengembang dan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama berkata MoU tersebut termasuklah Perjanjian Induk komprehensif antara anak syarikat  Axiata, Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB untuk membentuk sebuah konsortium bagi memohon lesen perbankan digital (Digital Bank) di bawah kerangka yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kedua-dua pihak menganggap perkongsian ini sebagai platform kukuh untuk memacu inovasi, meningkatkan daya saing dan mempercepat transformasi digital dan inklusi kewangan negara.

“Mempelopori perkongsian seluruh kumpulan adalah pembentukan konsortium Digital Bank,” katanya.

Sebagai rakan kongsi ekuiti dalam konsortium itu, Boost Holdings akan memiliki pegangan majoriti 60 peratus, manakala RHB memegang baki 40 peratus dalam Digital Bank itu, tertakluk kepada kelulusan daripada BNM.

Celcom Axiata Bhd, ahli Axiata Group, memeterai sebagai rakan kongsi komersial utama bagi aktiviti Go-To-Market bersama di Digital Bank bagi produk dan perkhidmatan yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kedua-dua pihak.

Rakan kongsi komersial lain sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Konsortium Hantar Cadangan HSR KL-Singapura Kepada MyHSR Corp

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori