Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 12:34PM

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara CyberSecurity Malaysia dan Satisguard (M) Sdn Bhd, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - CyberSecurity Malaysia dan SatisGuard Malaysia Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi bersama-sama mengukuhkan landskap keselamatan siber di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, tujuan utama MoU itu adalah untuk membina kerjasama dalam bidang keselamatan siber dan kriptografi pascakuantum (PQC) yang dijangka menyebabkan senario ancaman siber semakin dinamik. 

"Keselamatan siber bukan sekadar ‘buzzword’ tetapi ia aspek penting dalam keberadaan digital kita. Ancaman yang mungkin timbul daripada komputer kuantum boleh merosakkan keselamatan sistem kriptografi, membuatkan ekosistem digital menjadi mudah diserang,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penandatanganan MoU berkenaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SatisGuard, Wayne Wang yang disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa di Cybersafe Live Gallery, Menara Cyber Axis di sini hari ini. 

Amirudin berkata, pihaknya bersedia memainkan peranan penting dengan menyediakan panduan dan sokongan kritikal demi memajukan inisiatif keselamatan siber di Malaysia. 

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun, kerjasama itu akan memberi peluang kepada CyberSecurity dan SatisGuard mencapai matlamat serta penanda aras yang ditetapkan.

Sementara itu, Wang berkata, pihaknya akan menganjurkan Bengkel Quantum Safe Migration untuk pemain industri di Malaysia yang juga platform bagi pertukaran pengetahuan mengenai trend dan alatan PQC, menilai tahap ketahanan kuantum terhadap persekitaran semasa serta merancang pemindahan yang praktikal bagi memperkukuh keupayaan pertahanan siber. 

“Hasil daripada bengkel ini akan menjadi amalan serta rujukan bagi industri lain yang ingin menilai strategi ‘quantum-safe’ mereka bagi memperkukuh lagi infrastruktur rangkaian di seluruh negara untuk menghadapi serangan kuantum yang akan datang,” katanya. 

Beliau berkata, skop kerjasama dengan CyberSecurity turut merangkumi usaha kolaboratif dalam penyelidikan dan pembangunan, projek bersama ‘Chelpis Quantum Safe Migration Center’ di Taiwan, program peningkatan kapasiti serta proses pensijilan bagi pengesahan dan validasi PQC.

Sementara itu, Mohamad Fauzi yang juga Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia berkata, memorandum berkenaan adalah lambang kerjasama penyelarasan strategik dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan keselamatan ekosistem digital di Malaysia. 

“Keperluan bagi menjaga keselamatan siber yang kukuh tidak boleh diabaikan. Ia (MoU) adalah ikrar bersama untuk melindungi landskap digital Malaysia daripada ancaman siber yang semakin berkembang seiring usaha memastikan keteguhan negara bagi menghadapi cabaran semasa,” katanya. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cybersecurity Keluar Amaran Aktiviti Menyamar, Tipu Melalui Akaun WhatsApp 

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

3

Semasa 9 bulan yang lalu

JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

4

Semasa 10 bulan yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Politik 5 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad