web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Termasuk Remaja Ditahan Bergaduh Dalam Perlawanan Bola Sepak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 9:08PM

Superintendan Shafaaton Abu Bakar - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Lima lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak di sebuah padang di Bandar Gamuda, Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafaaton Abu Bakar berkata kejadian yang berlaku pada 8.40 malam itu berpunca daripada perselisihan faham melibatkan pemain dua kelab bola sepak peringkat komuniti.

"Difahamkan ketika perlawanan berlangsung, telah berlaku selisih faham antara kawan pengadu dengan pemain lawan dan pengadu cuba meleraikan pergaduhan itu, namun dia telah diserang oleh beberapa pemain lain.

"Akibat kejadian itu, pengadu telah mengalami sakit di bahagian luka di bahagian hidung, lebam di bahagian belakang badan, leher, muka dan sakit di seluruh bahagian badan sebelum melaporkan kejadian itu ke pihak polis, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shafaaton berkata lima lelaki berkenaan termasuk seorang bapa pemain, berusia antara 14 hingga 39 tahun, ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Bagaimanapun kesemua mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Video berdurasi 30 saat pergaduhan antara beberapa pemain bola sepak remaja peringkat komuniti menggunakan kerusi plastik dan topi keledar itu tular di media sosial. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar