web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peruntukan RM50 Juta Untuk Mangsa Banjir Kelantan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 5:13PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS SMK Agama Lati di Pasir Mas, Kelantan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada mangsa banjir di Kelantan yang terjejas akibat tiga gelombang bencana alam itu sejak November lalu.

Beliau berkata, setiap keluarga akan menerima RM1,000 manakala bantuan tambahan akan dibuat berdasarkan penilaian terhadap kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.

"Bagi mangsa yang di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan lain, kita luluskan dengan peruntukan awal melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) RM50 juta itu, terus kepada penduduk atau keluarga terlibat.

“Insya-Allah kita akan lebih kurang.. kerana telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan tadi (bahawa) ada keluarga yang dah tiga kali hadapi masalah banjir dan kerosakan yang sangat berat dihadapi, itu insya-Allah kita akan bantu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama (A) Lati di Kampung Banggol Manok di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut hadir, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Dr Ahmad Anuar Othman.

Setakat jam 3 petang ini, PPS SMK (A) Lati menempatkan 700 mangsa daripada 218 keluarga daripada kawasan Gual Mesa, Taman Alia Puteri, Berangan Ampan Kepas dan Taman Kelapa Wangi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

3

Semasa 5 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad