web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Langgar: Lelaki Didapati Bersalah Sebabkan Kematian Syed Muhammad Danial

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 6:16PM

Bekas pekerja teknologi maklumat, Yew Wei Liang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir dalam kejadian langgar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur-Seremban, empat tahun lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang bekas pekerja teknologi maklumat didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir dalam kejadian langgar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur-Seremban, empat tahun lalu.

Hakim Julia Ibrahim membuat keputusan itu ke atas Yew Wei Liang, 45, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Pada 20 Julai lalu, Hakim Julia memerintahkan Yew membela diri atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial mengikut Seksyen 302 kanun sama selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Dalam keputusannya hari ini, hakim itu berkata, tertuduh gagal membuktikan terdapat ancaman kecederaan tubuh terhadap tertuduh dan isterinya daripada si mati.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan keseluruhan keterangan, mahkamah mendapati wujud hak mempertahankan harta tertuduh daripada perbuatan khianat oleh si mati iaitu merosakkan kereta Innova tertuduh dengan menggunakan kayu baseball, tetapi hak pertahanan harta ini tidak dilanjutkan sehingga menyebabkan kematian si mati.

“Mahkamah juga mendapati kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kekal tidak tercabar sehingga akhir kes pembelaan,” katanya.

Hakim Julia menetapkan 7 Disember ini bagi mendengar rayuan dan hujahan sebelum menjatuhkan hukuman.

Pada 22 Ogos 2019, Yew dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial, 29, di Kilometer 293.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur-Seremban) di sini antara 1 tengah hari dan 2 petang, 10 Ogos 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Seramai 20 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 27 Oktober 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala Yew diwakili peguam Wee Choo Keong. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

4

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad