web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terengganu Buat Persiapan Awal Sekiranya Balai, Pondok Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 4:10PM

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner, Datuk Wan Rukman Wan Hassan menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut ketika meninjau keadaan mereka hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BESUT - Polis Terengganu sudah melakukan persiapan awal bagi menghadapi banjir, terutama di enam balai dan pondoknya di seluruh negeri yang kerap ditimpa bencana itu. 

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, antara yang dilakukan menyimpan semua fail, rekod, dan dokumen penting serta komputer di tempat selamat bagi mengelakkan ditenggelami air.

“Balai dan pondok polis yang sering terjejas setiap kali musim tengkujuh adalah Balai Polis Kuala Jengal dan Pondok Polis Pasir Raja di Dungun; Pondok Polis Manir di Kuala Terengganu; Balai Polis Air Puteh di Kemaman; Pondok Polis Felda Tenang dan Balai Polis Trafik Jerteh di Besut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kuala Besut di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada balai dan pondok polis yang terjejas pada fasa pertama banjir musim ini yang bermula Isnin lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 1,227 pegawai dan anggota polis terlibat dalam penugasan banjir pada musim tengkujuh kali ini di seluruh Terengganu.

Wan Rukman berkata, semua anggota di negeri ini juga diarahkan melakukan rondaan berterusan di kawasan yang dinaiki air, bukan sahaja untuk memantau keadaan banjir, malah mengelakkan berlakunya kecurian di rumah mangsa yang berlindung di PPS. 

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian pecah rumah atau kecurian membabitkan rumah mangsa banjir,” katanya yang turut menasihatkan ibu bapa memantau anak mereka supaya tidak bermain banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. 

Setakat ini, Terengganu merekodkan 4,487 mangsa daripada 1,181 keluarga ditempatkan di 32 PPS di lima daerah terjejas iaitu di Kuala Nerus sebanyak 1,705 orang, Kuala Terengganu (1,153 orang), Marang (927 orang), Besut (679 orang) dan Dungun (23 orang). - BERNAMA  

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 4 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar