web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Perintah Papagomo Masukkan Kehadiran Dalam Kes Saman Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 4:14PM

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai 'Papagomo' memasukkan kehadiran dalam kes saman Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil terhadap blogger itu dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Saman itu difailkan Fahmi pada 5 September lalu, berhubung dakwaan kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Dalam kes saman, individu yang disaman atau defendan dikehendaki memasukkan kehadiran sama ada secara sendiri atau melalui peguam, sekiranya berhasrat untuk membela diri terhadap tindakan saman itu.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi berkata, pada prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Aisyaf Falina Abdullah secara dalam talian hari ini, mahkamah memerintahkan Wan Muhammad Azri memasukkan kehadiran sehingga 5 Disember ini.

“Pada 6 November lalu, mahkamah memutuskan supaya plaintif (Fahmi) menyerahkan saman itu menerusi pemakluman penyampaian ganti di dalam akhbar kerana saman tersebut gagal diserahkan kepada defendan (Wan Muhammad Azri). Notis tersebut telah diterbitkan dalam surat khabar The Star hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Asheeq Ali, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 8 Disember ini untuk pihak plaintif memaklumkan kepada mahkamah sama ada defendan sudah memasukkan kehadiran atau sebaliknya.

Notis mahkamah yang dikongsi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di akaun Facebooknya hari ini.
Notis mahkamah yang dikongsi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di akaun Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Fahmi dalam hantaran Facebooknya hari ini berkata, peguamnya telah cuba menghubungi Wan Muhammad Azri sejak beberapa bulan lalu.

“Ini berkait kenyataan fitnah yang dibuat individu tersebut (Wan Muhammad Azri) terhadap saya sebelum Pilihan Raya Negeri Ogos lalu,” katanya.

Selain Wan Muhammad Azri, Fahmi juga menfailkan saman terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani serta pemilik akaun Facebook 'N13 Kuang', Mohd Fauzan Madzlan berhubung isu sama.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwanya menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos, manakala di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta  akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai lalu.

Menurut Fahmi, kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor sudah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan, dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar