web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gambar Profil Fadillah Diguna Untuk Akaun WhatsApp, Telegram, FB Palsu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 3:20PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau menerusi WhatsApp, Telegram dan Facebook.

Fadillah menerusi hantaran di media sosial X hari ini berkata, beberapa rakannya menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor telefon bimbit +6011-14045313 dengan membuka ‘WhatsApp group’ (kumpulan WhatsApp) dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada beliau.

“Setelah disemak, nombor berkenaan turut digunakan di aplikasi WhatsApp dan Telegram dengan menggunakan gambar profil saya.

"Laporan telah dibuat kepada pihak pengendali aplikasi berkenaan dan semakan menerusi ‘truecaller’ (mendapati) nombor tersebut menggunakan nama Rinoneze,” menurut hantaran itu.

Beliau berkata, pada masa sama, terdapat individu menggunakan gambar beliau untuk membuka akaun palsu Facebook, justeru laporan juga telah dibuat kepada pihak pengendali media sosial berkenaan berhubung perkara itu.

Beliau turut berkongsikan gambar memaparkan akaun palsu Facebook itu menggunakan nama ‘Haji Fadillah Yusof’.

“Untuk makluman akaun rasmi Facebook saya cuma di pautan facebook.com/fadillahyusof1, manakala akaun Facebook peribadi saya cuma facebook.com/fadillah.yusof,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 hari yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad