web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akan Bincang Dulu Sebelum Bawa Sirul Azhar Pulang - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 8:21PM

Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan berbincang dengan pihak yang berkaitan termasuk Peguam Negara dan mahkamah di negara ini, bagi membuat keputusan dalam membawa pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.

“Kita akan bincang perkara ini dengan pihak yang berkaitan, kerana dia sudah dijatuhkan hukuman.

“Permohonan untuk bawa pulang perlu ditanyakan kepada pejabat Peguam Negara, kerana ini melibatkan kerajaan Malaysia dan Australia,” katanya dan menambah tiada halangan untuk pihaknya bertemu dengan Sirul Azhar yang kini sudah bebas di Australia.

“Kita ada pegawai di sana dan boleh jumpa Sirul Azhar sebenarnya, kerana dia sudah bebas,” katanya.

Media hari ini melaporkan, Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya pada 2006, dibebaskan selepas sembilan tahun berada dalam tahanan pihak Imigresen negara itu, sejak 2015.

Pembebasan Sirul Azhar susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 Nov, yang memutuskan bahawa tahanan bukan warga negara yang tidak dapat dihantar pulang, tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh Altantuya.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan mengekalkan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap mereka.

Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Dia kemudiannya ditahan pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sirul Azhar Belum Buat Permohonan Semakan Sabitan Hukuman - Saifuddin

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda Fail Rayuan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Keluarga Altantuya Menang Kes Saman, Dapat Ganti Rugi RM5 Juta

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 57 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad