web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sirul Azhar Belum Buat Permohonan Semakan Sabitan Hukuman - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 4:45PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar belum mengemukakan permohonan semakan sabitan hukuman di mahkamah berkaitan hukuman mati ke atasnya bagi kesalahan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, setakat hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, hanya Azilah Hadri yang sudah mengemukakan permohonan semakan sabitan hukuman terhadapnya di mahkamah berhubung kes itu.

“Belum ada maklumat apa-apa daripada Sirul sebab baru dibebaskan dalam tempoh seminggu ini. Kita belum lagi menerima maklum balas sama ada peguamnya telah mengemukakan permohonan semakan hukuman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Saifuddin Nasution turut memaklumkan, Azilah adalah antara 900 kumpulan pertama yang memohon semakan berkaitan dengan hukuman selaras dengan perkembangan di Malaysia yang memansuhkan hukuman mati secara mandatori tahun ini.

Mengenai cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Kerajaan Malaysia melakukan libat urus dengan pihak berkuasa Australia, untuk memudah cara penyerahan balik Sirul Azhar ke Malaysia bagi memastikan satu siasatan komprehensif ke atas dakwaannya, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan menganggap ia sebagai cadangan sehingga Sirul Azhar melakukan permohonan mahkamah kerana keputusan terserah pada bekas anggota Unit Tindakan Khas itu.

Katanya, beliau juga mengambil maklum mengenai kenyataan terkini Sirul Azhar yang mendakwa menerima RM1 juta dalam kes pembunuhan itu.

“Hanya Sirul Azhar yang tahu. Berdasarkan kepada butiran perbicaraan, hal itu tidak dikemukakan ketika perbicaraan tempoh hari. Ia kekal sebagai satu kenyataan daripada Sirul Azhar dan hanya dia boleh menjawab kenapa sekarang dibangkitkan, apakah tujuan sebenar,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Sirul Azhar telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, pada 11 November lalu.

Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya pada 2006, dibebaskan selepas sembilan tahun berada dalam tahanan pihak Imigresen negara itu, sejak 2015.

Pembebasan Sirul Azhar susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 November, yang memutuskan bahawa tahanan bukan warga negara yang tidak dapat dihantar pulang, tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.

Sementara itu, merujuk kepada rampasan lapan naskhah buku disyaki mengandungi unsur komunisme di sebuah premis di Petaling Jaya baru-baru ini, Saifuddin Nasution berkata, tindakan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah proses biasa yang dibenarkan susuan aduan awam.

“Apabila ada aduan daripada orang awam, sudah tentu Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN akan gunakan klausa dari akta berkenaan untuk melawat premis yang diadu, kemudian ambil beberapa bahan atau buku yang terlibat.

“Mereka ada panel yang akan meneliti dan pada akhir penelitian, jika isi kandungan itu tidak memaparkan elemen yang dimaksudkan, mereka akan pulangkanlah, itu proses biasa seperti mana yang dibenarkan, (iaitu) bertindak di atas aduan awam,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad