web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Altantuya Menang Kes Saman, Dapat Ganti Rugi RM5 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 11:46AM

Dr Shaariibuu Setev - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu mendapat ganti rugi RM5 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Ini selepas Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman yang difailkan oleh ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu mereka Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga terhadap dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar serta Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.

"Saya dapati plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka terhadap defendan pertama (Azilah), kedua (Sirul) dan ketiga (Abdul Razak).

“Selaku defendan keempat (kerajaan Malaysia), saya dapati, berdasarkan fakta undang-undang, defendan keempat sebagai majikan, bertanggungjawab terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang defendan pertama dan kedua - yang dijalankan atas kapasiti pegawai polis,” kata hakim ketika menyampaikan keputusan itu secara dalam talian.

Plaintif memfailkan saman itu pada 4 Jun 2007 mendakwa kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi dan memohon mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.

Hakim Vazeer Alam, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan berkata permohonan plaintif untuk ganti rugi sebanyak RM100 juta adalah berlebihan dan tidak boleh ditakrifkan berdasarkan prinsip sahaja.

“Dengan ini diperintahkan supaya defendan bersama-sama membayar plaintif RM5 juta sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan. Ganti rugi ini perlu dikenakan faedah lima peratus dari tarikh saman difailkan,” katanya.

Hakim turut memerintahkan keempat-empat defendan masing-masing membayar kos RM25,000.

Ketika membacakan penghakimannya, hakim menyatakan bahawa menurut sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa, si mati berhasrat bertemu Abdul Razak yang dikatakan menjalin hubungan dengan mendiang ketika itu, untuk mendapatkan upah terjemahan yang dilakukannya untuk beliau di Paris.

“Selepas beberapa kali gagal untuk bertemu Abdul Razak di pejabatnya, si mati membuat kemunculan di rumahnya di Damansara Heights. Pada malam 19 Okt 2006, Altantuya bersendirian pergi semula ke kediaman Abdul Razak selepas beliau memberi kebenaran untuk bertemu.

"Bagaimanapun, Abdul Razak telah meminta Sirul dan Azhar untuk ‘berurusan’ dengan si mati, yang kemudian membawa mangsa menaiki kereta Azhar ke suatu lokasi di Puncak Alam di sini, dan menembaknya serta mereka juga mengikatnya dengan bahan letupan dan meletupkannya,” jelas hakim itu.

Hakim Vazeer Alam menambah apabila bukti diteliti, jelas bahawa defendan pertama dan kedua tidak mengenali si mati.

“Hubungan mereka dan si mati adalah melalui Abdul Razak, iaitu Abdul Razak yang meminta bantuan defendan pertama. Defendan pertama (Azilah) telah memberitahu defendan ketiga (Abdul Razak) bahawa dia boleh ‘habiskan perempuan itu dan beliau pernah buat sedemikian beberapa kali’.

"Abdul Razak telah dinasihatkan agar membuat laporan polis dan menghantar si mati pulang. Beliau tidak mengambil tindakan itu tetapi sebaliknya meminta bantuan daripada pembunuh yang boleh menangani si mati. Tiada alasan munasabah daripada defendan pertama dan kedua untuk membunuh si mati dan meletupkan mayatnya. Satu-satunya kaitan antara mereka adalah defendan ketiga, yang mahu gangguan oleh si mati dihentikan,” kata hakim.

Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa Altantuya dan anak sulungnya, Bayarkhuu memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2019. Kerajaan pula mengemukakan tiga saksi manakala Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan.

Peguam Sangeet Kaur Deo, Tan Chee Kian dan Simranjit Kaur Chhran mewakili plaintif manakala peguam P. Mithran, Avtaran Singh dan Eshwinder Kaur Gill bagi pihak Abdul Razak sementara kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamarudin dan Khairuddin Anhar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini