web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Laporan Polis Mengenai Dakwaan Wujud Ugutan, Tawaran Habuan Sokong PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8:06AM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun terdapat dakwaan kononnya ada pihak diugut dan ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, pihak berkaitan boleh kemukakan bukti dan membuat laporan kepada polis.

"Penting diingatkan bahawa Perdana Menteri atau ahli jemaah menteri tidak ada apa-apa campur tangan, ugutan atau habuan dan sebagainya yang ditawarkan, tidak ada.

"Jadi seperti ditegaskan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada sesiapa yang berpandangan berlainan daripada kenyataan ini, mereka boleh buat laporan, bawa bukti dan kita nilai, tetapi setakat ini tidak ada (laporan polis)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Nordic 2023, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya wujud unsur-unsur ugutan atau ganjaran habuan tertentu, susulan tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu yang terdiri daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa beliau akan menyokong Anwar sekiranya peruntukan diberikan untuk kawasannya, Fahmi sekali lagi menegaskan tiada tawaran atau habuan kepada sesiapa yang ingin menyokong Perdana Menteri.

Ditanya mengenai tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan terhadap Anwar sebenarnya telah menafikan desas-desus bahawa hayat Kerajaan Perpaduan akan berakhir, Fahmi menyifatkan situasi berlaku ketika ini adalah 'complete reverse'.

"Nampaknya apa yang berlaku sekarang ini adalah 'complete reverse' daripada apa yang disangkakan... Sejujurnya saya boleh kata saya tidak sangka sokongan terhadap Perdana Menteri boleh meningkat menjadi 151.

"Jadi kalau nak dikatakan bukanlah Kerajaan Perpaduan yang hadapi pergolakan, tetapi mungkin sesetengah parti dalam pembangkang yang sekarang ini sedang bergolak," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak 'menangguk di air keruh', sebaliknya akan meneruskan usaha semua usaha dan dasar-dasar yang telah diumumkan termasuk Kerangka Ekonomi MADANI.

Mengulas mengenai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini, Fahmi berkata, keputusan mahkamah itu adalah diputuskan secara bebas.

"Keputusan hari ini saya percaya semua akur dan semua hormat keputusan mahkamah, penting saya ingatkan bahawa keputusan ini adalah keputusan institusi kehakiman yang diputuskan secara bebas... tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak, apa lagi campur tangan daripada pihak eksekutif.

"Namun, masih ada proses seterusnya dan beliau juga telah nyatakan akan merayu, jadi ikut prosesnya," katanya.

"Saya secara peribadi simpati dengan beliau, saya kenal beliau, malah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, parti Keadilan telah mengarahkan supaya saya menjadi antara pemimpin yang menjadi penghubung dengan MUDA, jadi banyak jugalah yang kita bincangkan sebelum PRU15," tambahnya.

Pagi semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Syed Saddiq, 30, bersalah dan dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar