web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Gaza Rasa Tersisih Di Tengah Serangan Bertalu-Talu Israel - Sukarelawan Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 5:32PM

 Angka kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,061, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk di Gaza berasa tersisih di tengah serangan berterusan Israel ke atas wilayah yang terkepung, kata seorang sukarelawan Palestin, Dr Tareq M. Altalmas dan menyeru penyelesaian konkrit untuk mengakhiri 'genosid' berkenaan.

Penyelaras Misi Keamanan Global Malaysia (GPM) di pusat kemanusiaan di Gaza itu menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memberi tumpuan ke arah menghentikan kekejaman Israel melalui usaha diplomasi.

'Malangnya, belum ada tindakan yang jelas dilakukan berhubung perkara ini," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Tareq berkata, ia menyayat hati apabila menyaksikan kain kafan antara barangan yang dibawa oleh masuk trak bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui lintasan Rafah baru-baru ini.

"la menyayat hati untuk menghantar kain kafan, (seolah-olah) mereka menunggu kita mati, namun perkara yang paling diperlukan ketika ini ialah kain kafan," katanya sambil menjelaskan bahawa 20 trak yang membawa bantuan kemanusiaan itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan seluruh penduduk Gaza.

"Ini bermakna setiap orang di Gaza akan mendapat 0.0000084 kotak makanan. Pada hari biasa, 500 trak memasuki Gaza, dan sekarang sudah 23 hari berlalu tanpa sebarang bantuan," katanya.

Tareq dan pasukannya memberi tumpuan membekalkan keperluan asas seperti makanan, air, dan kit kebersihan kepada mangsa yang cedera dan mereka yang hilang tempat tinggal di Bandar Gaza, kem pelarian al-Nusairat di tengah-tengah Semenanjung Gaza, dan Khan Yunis di selatan Gaza.

Selain bekalan perubatan, Tareq menekankan bahawa bahan api juga antara keperluan yang mendesak pada masa ini bagi memastikan satu-satunya loji janakuasa elektrik di Gaza terus berfungsi.

Seterusnya, ia akan membantu hospital beroperasi, membolehkan kedai roti menghasilkan roti dan membolehkan pusat penapisan air memproses air untuk diminum.

Beliau berkata, sebuah hospital Indonesia telah menutup penjana elektrik utama dan kini bergantung kepada penjana elektrik yang lebih kecil. Ini bermakna hanya sebahagian kecil hospital dapat beroperasi disebabkan kekurangan bahan api.

Operasi pembedahan pula dilakukan di koridor-koridor hospital tanpa keperluan minimum seperti pensterilan alatan bedah atau anestetik.

"Terlalu banyak perkara diperlukan sebenarnya, kami sebagai organisasi kemanusiaan tidak dapat mencari makanan di pasar-pasar untuk dibekalkan kepada pelarian di sekolah-sekolah," katanya.

Tareq juga menekankan keperluan membenarkan lebih ramai mangsa yang cedera masuk ke Mesir bagi menerima rawatan yang lebih baik, kerana hanya sejumlah kecil yang dibenarkan masuk ke negara itu baru-baru ini.

"Pada mulanya, mereka membenarkan kemasukan 80 orang yang cedera, namun 10 daripadanya terpaksa pulang ke Gaza kerana tidak mempunyai pasport. Sebahagian daripada 10 pesakit itu telah meninggal dunia disebabkan kecederaan mereka.

"Ramai mangsa dibawa ke hospital dari kediaman mereka yang telah ranap, jadi kebanyakan pasport berada di bawah runtuhan. Kami mempunyai puluhan ribu pesakit yang cedera dengan sektor perubatan yang lumpuh," katanya.

Tareq berkata, serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia pada Rabu memburukkan keadaan kerana kem itu menjadi kediaman sementara bagi kebanyakan penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sejak ia ditubuhkan pada 1648.

Beliau berkata, walaupun serangan itu orang ramai kekal berada di kem kerana tiada lagi tempat yang selamat di Gaza dengan operasi darat Israel telah memisahkan Gaza menjadi dua bahagian iaitu selatan dan utara, sekali gus menghalang orang ramai daripada berpindah.

Seramai 9,061 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober, dengan lebih 32,000 cedera, manakala lebih 2,060 masih hilang, kebanyakannya dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

Katanya, data kerajaan juga menunjukkan bahawa lebih 1.5 juta rakyatnya hilang tempat tinggal, dan lebih 200,000 unit kediaman musnah, termasuk 212 sekolah, 52 masjid dan tiga gereja. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar