web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Hadiri Sesi Permukiman Ke-10 Barisan Pemimpin Malaysia-Singapura

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 9:18PM

Lawatan ini merupakan pertemuan pertama Anwar Ibrahim (gambar) dan Lee Hsien Loong dalam kerangka Sesi Permukiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA -  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari  ke Singapura untuk Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 mulai hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata lawatan itu merupakan pertemuan pertama Anwar dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam kerangka Sesi Permukiman.

Permukiman ini merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi di antara kedua-dua negara yang diadakan secara bergilir sejak 2007.

“Penganjuran Sesi Permukiman ini telah tertangguh semenjak tahun 2019 berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Menteri itu berkata delegasi daripada Malaysia terdiri daripada lapan orang Menteri yang terdiri daripada Menteri Luar Negeri; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Menteri Dalam Negeri; Menteri Pengangkutan; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Menteri Besar Johor; dan Premier Sarawak.

Turut serta ialah Peguam Negara dan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian dan Agensi yang berkaitan.

Dalam Sesi Permukiman Ke-10 ini perdana menteri dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam, presiden Singapura yang baharu.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya Lee dan diikuti dengan Mesyuarat Delegasi Malaysia-Singapura.

“Sesi Permukiman ini merupakan platform perbincangan dua hala yang penting untuk kedua-dua negara menilai perkembangan kerjasama sedia ada, meneroka inisiatif-inisiatif baharu yang berkepentingan bersama, mencari penyelesaian bagi isu-isu yang tertunggak serta menetapkan hala tuju hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura,” jelas Zambry.

Antara isu-isu utama yang akan dibincangkan semasa Sesi Permukiman ini adalah langkah-langkah dalam menambahbaik kesalinghubungan, usaha-usaha untuk memperkukuh kerjasama ekonomi di antara kedua-dua negara dan meneroka peluang kerjasama dalam tenaga boleh baharu.

“Kedua-dua pemimpin juga dijangka memperhalusi pendekatan-pendekatan yang bersifat progresif dan menang-menang (win-win) dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak,” katanya.

Kedua-dua perdana menteri itu akan menyaksikan pemeteraian satu Memorandum Persefahaman dalam bidang keusahawanan dan satu surat sampingan (side letter) untuk menambahbaik peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian bagi Tabung Pembangunan Perniagaan Negara Ketiga Malaysia-Singapura.

Satu Kenyataan Bersama di antara kedua-dua Pemimpin ini akan dikeluarkan selepas Sesi Permukiman itu berakhir.

Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia.

Pada tahun 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan Singapura meningkat sebanyak 37.6 peratus kepada RM368.19 billion berbanding nilai dagangan pada tahun 2021.

Malaysia dijangka menjadi tuan rumah Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 pada 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad