Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bendung COVID-19 Dari Menular, PH Perkenal Papan Data Khas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 6:00PM

Anwar Ibrahim pada sidang menerusi aplikasi Zoom bagi memperkenalkan Paparan Data PascaCovid.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) hari ini memperkenalkan Paparan Data PascaCovid yang dibangunkan sebagai rujukan umum hasil pelbagai perkongsian data dan maklumat sahih berkaitan pandemik COVID-19.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data sedia ada menerusi aplikasi MySejahtera dan Kementerian Kesihatan dilihat tidak lengkap dan gagal memberikan gambaran secara keseluruhan terhadap rancangan membendung COVID-19 daripada terus menular.

“Isu utamanya adalah kekurangan ketelusan dalam perkongsian maklumat dan data. Mahu uruskan wabak ini perlu ada data. Apa rasionalnya menyorokkan angka?

“Kita bukan mahu tahu nama mereka (mangsa COVID-19), kita hanya mahu tahu nombor supaya kita boleh tahu apa yang boleh dilakukan seterusnya,” katanya pada sidang media yang dilakukan menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Dibangunkan  Yayasan Harapan, laman web dibawah Strategi Pasca Covid-19 (PSPC19) itu adalah inisiatif bagi mengajak semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama serta memanfaatkan data dan kepakaran yang ada bagi membawa negara keluar dari pandemik.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengasas Yayasan Harapan, Dr Wan Muhamad Hasni Wan Sulaiman yang juga pakar data di Malaysia.

Wan Muhamad Husni turut menjelaskan data sebenar akan memudahkan pihak berkaitan membuat unjuran jangkaan, sekaligus membantu kerajaan membuat keputusan yang terbaik kepada rakyat.

“Unjuran data sekarang adalah 7,000 kes. Sepatutnya kita boleh menjangkakan perkara ini sejak tiga minggu lalu, namun ia tidak berlaku.

“Tugas kita bukan mahu kritik tetapi kita mahu melengkapi. Malah, kebanyakan data yang diberikan bukan dalam bentuk data sebenar tapi ia adalah infografik,” katanya.

Anwar berkata, secara asasnya, pemberian vaksin adalah keutamaan ketika ini namun ia dilaksanakan pada kadar yang sangat perlahan berbanding negara seperti Indonesia dan Turki.

Katanya kerajaan menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) perlu meluluskan pemberian jenis vaksin lain dengan segera, selain menggunakan kaedah kempen pilihan raya bagi mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan luar bandar.

“Jangan beri alasan bodoh. Kalau semasa kempen politik kita boleh masuk ke kawasan pedalaman, mengapa tidak guna kaedah sama untuk proses vaksinasi COVID-19?

“Mereka (rakyat luar bandar) ini perlu dibantu. Kerajaan jangan tidur. Buat sesuatu kerana ketika ini sudah wujud kekurangan kepercayaan di kalangan rakyat kepada kerajaan”.

Anwar turut memberi gambaran sekiranya beliau adalah Perdana Menteri ketika ini, beliau mungkin akan melaksanakan pemotongan gaji atau elaun kerana isu COVID-19 ini adalah malapateka yang perlu ditangani bersama.

“Kalau kita ada malapetaka dan wabak begini, saya akan ambil langkah-langkah luar biasa seperti pemotongan gaji atau elaun kerana ini melibatkan nyawa manusia,” katanya.

Paparan Data PascaCovid yang mempunyai analisis, trend, dan peta interaktif berkaitan jangkitan COVID-19 boleh dilayari di pascacovid.my secara percuma. – Getaran, 26 Mei 2021


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 3 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 15 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 15 minit yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran