web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Bukti TikTok Turunkan Kandungan Konflik Palestin-Israel Secara Sistematik - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 3:14PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika melancarkan Tabung Kemanusian Palestin bagi penjawat awam peringkat KKD di Angkasapuri Kota Media, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini mendedahkan terdapat bukti bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.

Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila ramai pengguna platform berkenaan mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa kandungan dan siaran langsung yang dimuat naik mereka telah diturunkan atau disekat, termasuk mengenai ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, Selasa lalu.

"Saya bagi contoh, satu kandungan itu ucapan Perdana Menteri beserta dengan beberapa gambar dari Gaza.. berdasarkan maklum balas dari pihak TikTok mereka mengatakan ada gambar keganasan...Tetapi bila saya teliti balik kandungan itu, ia adalah seorang ayah yang mengangkat mayat anaknya yang diselimut.

"Tidak ada gambar darah, tidak ada yang orang kata macam yang menggerunkan. Bagi saya, ini tak masuk akal…Saya sangat-sangat marah dengan pihak TikTok dan kita telah memberi satu mesej yang kalau bagi saya mereka tak faham ini, kita kena fahamkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Tabung Kemanusian Palestin Bagi Penjawat Awam, Peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital di Angkasapuri Kota Media, di sini hari ini.

Tabung itu digerakkan selaras seruan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya setiap kementerian mengadakan kutipan sumbangan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin. 

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau mengarahkan MCMC untuk membuat satu teguran keras kepada TikTok dan mengaturkan pertemuan mengenai isu tersebut.

Teguran itu katanya, turut disampaikan kepada Meta.

"Kita tidak mahu hak bersuara kita terutama dalam isu Palestin ini dikekang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Fahmi berkata, satu pertemuan bersama TikTok untuk menyampaikan pendirian kerajaan mengenai perkara tersebut telah diadakan semalam dan ia akan disusuli dengan satu lagi pertemuan yang diadakan minggu hadapan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad