web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 PPV Di Kuala Lumpur Dipindahkan Ke PPV Bersaiz Mega

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 4:41PM

Petugas kesihatan meyediakan suntikan vaksin AstraZeneca. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Janji temu di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Kuala Lumpur dipindahkan ke PPV bersaiz mega bagi meningkatkan keselamatan serta keselesaan penerima vaksin terutama orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata janji temu dari tarikh 31 Mei dan 6 Jun di PPV Dewan Komuniti Manjalara dan PPV Stadium Titiwangsa dipindahkan ke Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Duta yang akan beroperasi pada 31 Mei ini.

PPV Dewan Komuniti Desa Tasik dan Kompleks Komuniti Muhibbah pula akan dipindahkan ke PPV Axiata Arena di Kompleks Sukan Bukit Jalil pada 7 Jun ini, katanya.

“Semua janji temu di PPV Axiata Arena ini adalah janji temu yang baharu dan tidak perlu dijadualkan semua kerana tidak ada lagi janji temu di keluarkan di tempat ini," katanya  dalam sidang media secara maya perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Khairy berkata keputusan pemindahan lokasi itu dibuat hasil pemantauan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 yang mendapati amalan penjarakan sosial sukar dipatuhi di PPV sedia ada.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata setakat ini, seramai 1,578,225 individu telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dos pertama, manakala 905,271 telah lengkap dua dos suntikan.

“Kadar vaksinasi mula cecah lebih 75,000 dos sehari dengan rekod tertinggi 95,000 dos semalam (24 Mei).

“Kami jangka kadar vaksinasi akan meningkat kepada sasaran iaitu 150,000 dos pada Jun,” katanya.

Mengenai vaksin AstraZeneca pusingan kedua, Khairy berkata 1,261,600 dos diperuntukkan untuk pusingan itu melibatkan lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Pemberian vaksin AstraZeneca pusingan kedua itu melibatkan empat PPV baharu iaitu Setia SPICE Arena (PISA) di Bayan Lepas, Pulau Pinang; Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru; Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak, katanya.

“Jumlah terkini pendaftaran tempahan slot vaksin AstraZeneca untuk pusingan kedua ialah sebanyak 228,347 slot dan sistem tempahan ini masih lagi dibuka dan akan terus menerima pendaftaran,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata tempahan slot vaksin AstraZeneca pusingan kedua akan dibuka untuk mereka yang di bawah usia 60 tahun mulai 12 tengah hari esok.

“Walau bagaimanapun, kami akan beri keutamaan kepada warga emas,” katanya.

Khairy turut memaklumkan satu ciri baharu akan diperkenalkan dalam aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat bagi mengenal pasti ibu mengandung dan menyusu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Melalui ciri baharu ini, ibu mengandung dan ibu sedang menyusu boleh kenal pasti dalam MySejahtera untuk diberikan janji temu berdasarkan vaksin yang disyorkan contohnya ibu hamil antara 14 hingga 33 minggu vaksin Pfizer-BioNTech,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad