web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAIS Selar Kenyataan Ahmad Dusuki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 7:04PM

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyelar kenyataan dimuat naik penceramah Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi akaun Facebook miliknya, mendakwa MAIS berbohong dan menjadi pemecah umat Islam serta ejen kepada gerakan liberal. 

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan kenyataan penceramah itu mempunyai unsur fitnah dan dibuat tanpa memahami maksud serta hikmah larangan penglibatan aktivis politik sebagai pemegang tauliah mengajar agama Islam yang dikuatkuasakan di Selangor.

Susulan itu, pihaknya menasihatkan masyarakat Islam untuk cakna dan memahami maksud serta tujuan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak perkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada aktivis politik. 

Abdul Aziz berkata, aktivis politik dimaksudkan dalam larangan itu tidak terhad kepada individu memegang jawatan dalam mana-mana parti politik, malah merangkumi mereka yang menjalankan apa-apa aktiviti secara jelas mengajak dan mempengaruhi masyarakat menyokong atau memihak kepada parti politik tertentu secara terbuka, sehingga melahirkan sikap partisan dan fanatik.

“Daripada siasatan dibuat dan pengesahan tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia, MAIS mendapati bahawa Ahmad Dusuki tergolong dalam aktivis politik yang dimaksudkan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Aziz, larangan penglibatan aktivis politik sebagai pemegang tauliah mengajar dibuat bagi menghalang mana-mana pihak menyalahgunakan medan dakwah dan pengajaran agama Islam sebagai gelanggang politik, di samping mengelak berlakunya penyebaran propaganda politik berunsur fitnah serta kebencian.

Katanya, MAIS turut menafikan dakwaan bahawa larangan itu sebagai suatu sekatan terhadap dakwah dan pengajaran agama Islam di Selangor dan menegaskan ia sebagai langkah preventif MAIS dengan menggantikan pemegang tauliah mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam agama Islam yang tidak bersikap partisan. 

“Pada masa ini terdapat seramai 5,682 orang pemegang tauliah aktif di Selangor dan penarikan balik tauliah terhadap aktivis politik bermula 2022 hanya melibatkan sejumlah 26 orang iaitu 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Larangan ini tidak sama sekali menjejaskan aktiviti dakwah dan pengajaran agama Islam Selangor. MAIS sentiasa komited untuk memastikan aktiviti dakwah dan pengajaran agama Islam terus subur sebagai medan penyebaran ilmu serta bebas daripada propaganda politik,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarik Balik Tauliah Abdullah Khairi Selaras Titah Sultan Selangor - MAIS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MAIS Nafi Kandungan Fitnah Facebook Ahmad Shuaib Ismail 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Arah Kiblat Masjid, Surau Di Selangor Tidak Perlu Diragui - MAIS

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar