web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarik Balik Tauliah Abdullah Khairi Selaras Titah Sultan Selangor - MAIS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 12:00PM

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam membabitkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi Haroon dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata titah itu berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.

Abdul Aziz berkata, tindakan penarikan balik tauliah itu dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS.

“MAIS menyeru semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

“Ini kerana ia dikhuatiri boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama Islam,” katanya.  

Media sebelum ini melaporkan bahawa MAIS menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah Ustaz Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 September lalu menerusi perkongsian di media sosial penceramah itu pada 5 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Oktober lalu yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap penceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang dikeluarkan oleh MAIS. 

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu adalah berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat. 

“Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik. 

“Justeru, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini masih berkuat kuasa di negeri Selangor,” katanya.

Abdul Aziz menegaskan keputusan MAIS untuk menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ahmad Dusuki itu dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor  berdasarkan maklumat mengenai status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

“MAIS memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut atas alasan, antara lain, rayuan yang difailkan ini hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Ahmad Dusuki telah tamat pada 30 Jun lalu,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MAIS Selar Kenyataan Ahmad Dusuki

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MAIS Nafi Kandungan Fitnah Facebook Ahmad Shuaib Ismail 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Arah Kiblat Masjid, Surau Di Selangor Tidak Perlu Diragui - MAIS

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad