web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 8:05PM

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) ketika melancarkan Pelan Anti Rasuah MAIS hari ini. gambar FB MAIS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya mengakui terdapat kes penyelewangan wang zakat di negeri ini membabitkan jumlah yang tidak begitu besar, namun pihaknya bertegas mahu memastikan perkara itu tidak lagi berulang.

"Kita dengar baru-baru ini laporan media ada satu majlis agama islam yang duit zakatnya begitu besar tidak dimasukkan ke dalam Lembaga Zakat Negeri dan ini termasuk berlaku di Selangor tetapi tidaklah banyak dan kita telah buat tindakan susulan termasuk laporan polis.

"Jadi sekarang kita tidak mahu perkara itu berulang dan kita ambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat dan memberi ingatan supaya perbuatan seperti itu jangan sesekali dibuat dalam institusi agama seperti di MAIS," katanya kepada media selepas menyampaikan perutusan tahun baharu dan melancarkan Pelan Anti Rasuah MAIS di sini, hari ini.

Katanya, perkara itu perlu dilakukan memandangkan kutipan zakat di Selangor adalah yang tertinggi dan pihaknya mesti memberi keyakinan kepada penyumbang zakat bahawa wang mereka diuruskan sebaik-baiknya dan tanpa penyelewengan waima satu sen.

Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah menjemput SPRM bagi membantu MAIS, terutamanya berkaitan hal perolehan dan pengurusan di masjid dan surau serta pemberian wang untuk sedekah, zakat atau wakaf supaya tiada amalan rasuah atau diselewengkan.

"Ini sebab sumbangan untuk agama ini sesetengah orang kata dia serah begitu sahaja, terpulang pihak tuan untuk kendalikan sumbangan saya ini. Jadi SPRM diharap akan dapat membantu kita bagaimana supaya rasuah ini dapat dihindarkan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad