web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbabit Pelbagai Kesalahan, 18 Pegawai, Anggota Polis KL Dibuang Kerja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 2:42PM

Allaudeen Abdul Majid - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Seramai 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan dadah, tidak hadir bertugas dan jenayah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata selain mereka, enam anggota polis turut diturunkan pangkat untuk tempoh yang sama.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur juga telah membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh berkenaan.

"Ia merupakan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan tegas berkenaan diambil bagi memastikan standard perkhidmatan polis yang berkualiti dapat disampaikan kepada masyarakat.

“Kegagalan melaksanakan penyeliaan berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis. Saya menuntut kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan," katanya.

Beliau meminta pemantauan berkenaan dijalankan tanpa pilih kasih, kronisme dan melindungi mana-mana pihak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

4

Semasa 3 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad