web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Beras: Bekalan Beras Putih Dijangka Stabil Sebulan Lagi - Mohamad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 1:24PM

Mohamad Sabu (kanan) melihat bekalan beras yang akan dijual kepada orang ramai hari ini pada Program Jualan Agro Madani - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan beras putih tempatan di pasaran akan kembali stabil dalam masa sebulan susulan pelbagai langkah intervensi dan pemantauan berterusan dilakukan kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata hasil libat urus KPKM bersama pemain industri beras negara yang melibatkan pengilang, pemborong dan peruncit bersetuju memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara. 

"Melalui PKBPT, pengilang akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan beras putih tempatan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.

"Kita juga akan membuat intervensi di mana terdapat kekurangan, kemudian kita akan tampung melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena, iaitu inisiatif di bawah seliaan LPP dalam PKBPT bagi tujuan pengedaran beras putih tempatan kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya.

Mohamad berkata kaedah intervensi itu dilakukan ketika kekurangan bekalan ayam dan telur sebelum ini. 

Dalam pada itu beliau berkata Peladang Outlet di sini hari ini akan menjual 2,000 kampit beras pada harga RM26 untuk 10 kilogram.

Bekalan beras yang akan dijual hari ini - gambar BERNAMA
Bekalan beras yang akan dijual hari ini - gambar BERNAMA

Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim yang turut hadir pada program berkenaan berkata bermula April hingga Ogos 2023, sebanyak 62 program telah dilaksanakan di Pertubuhan Peladang seluruh negara yang mencatat hasil jualan sebanyak RM742,361.50 dan kehadiran pengunjung seramai 45,850 orang.

"LPP menyasarkan hingga Disember 2023, nilai jualan sebanyak RM1.59 juta diperoleh menerusi pelaksanaan Jualan Agro MADANI dengan anggaran pengunjung seramai 53,000 orang,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 40 Peladang Outlet di seluruh negara dipilih untuk menjadi lokasi pengedaran beras putih tempatan dengan menyasarkan 300 tan metrik beras putih tempatan dijual pada harga kawalan bagi menstabilkan bekalan di seluruh negara.

Program hari ini turut disertai 25 gerai Jualan Agro MADANI yang menawarkan barangan keperluan asas kepada masyarakat setempat pada harga yang berpatutan dengan penjimatan hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga jualan di pasaran setempat. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM, NACCOL Ada Hingga 20 Mac Untuk Muktamad Harga Beras - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat NACCOL Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kartel Atau Mafia Tentukan Harga Padi, Beras Dan Benih - KPKM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad