web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kucing Kesayangan Dirampas, Warga Emas Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 10:26PM

Allahyarham Azlifah Aziz. - Gambar dari Facebook Azliya Alia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEBERANG PERAI - Pilu hati seorang anak apabila ibunya yang juga seorang pencinta kucing, meninggal dunia selepas kucing kesayangan keluarga itu ‘dirampas’ penguat kuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), minggu lalu.

Menceritakan kejadian itu, pemilik akaun Facebook Azliya Alia berkata, kediaman ibunya, Azlifah Aziz, 63 di Taman Penaga di Kepala Batas didatangi petugas MBSP Rabu lalu, yang mendakwa menerima laporan daripada penduduk sekitar berhubung gangguan dicetuskan kucing peliharaan mereka.

“Mereka (kakitangan MBSP) jumpa dengan mama dan beritahu mahu ambil kucing peliharaan mama. Kucing yang dipilih untuk diambil itu pula adalah seekor kucing betina yang sedang sarat mengandung.

“Puas mama merayu supaya kucing berkenaan tidak diambil. Kebetulan kakak yang sulung pun ada, kakak juga merayu kepada pegawai tersebut supaya jangan ambil kucing mama,” katanya melalui posting yang menerima reaksi lebih 27,000 pengguna media sosial itu.

Azliya berkata, kakaknya turut memberitahu bahawa kakitangan MBSP itu langsung tidak mempedulikan rayuan mereka walaupun sudah dimaklumkan mengenai status kesihatan ibunya.

Katanya, ibunya menangis dan terlalu bersedih apabila kucing yang dinamakan ‘Ibu’ itu diambil MBSP, selain berpesan supaya semua kucing peliharaan mereka diserahkan kepada pihak lain sekiranya beliau meninggal dunia.

“Keesokan harinya, sewaktu sedang berehat selepas melakukan rutin mencari dan membuang tahi kucing di kawasan kejiranan, mama diserang sakit jantung dan meninggal dunia di rumah.

“Hebat sungguh jiwa pencinta kucing. Sejak kecil arwah mama sentiasa bersama dengan kucing. Kesedihannya kerana kucing dibawa hingga ke mati,” katanya.

Kisah yang menjadi tular sejak semalam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan majoriti mereka menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sementara itu, Datuk Bandar Seberang Perai, Datuk Rozali Mohamud bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dan berkata, kucing tersebut diserahkan secara sukarela kepada MBSP oleh pemilik haiwan berkenaan.

Pihak majlis katanya, telah melakukan siasatan terperinci, malah turut menasihati pemilik agar tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka itu bebas dan seterusnya mengurangkan jumlah kucing dipelihara untuk mengelakkan masalah sama berlarutan.

“Tindakan diambil MBSP adalah susulan aduan berulang berkaitan gangguan dicetuskan semua kucing peliharaan keluarga terbabit, yang didakwa membuang najis di merata tempat.

“Ketika siasatan, pemilik kucing tersebut secara sukarela ingin menyerahkan seekor kucing yang disangkakan bunting kepada pegawai MBSP,” katanya di sini hari ini.

Rozali berkata, pemilik haiwan berkenaan juga sedia maklum bahawa kucing itu akan diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO yang bekerjasama dengan MBSP, dan tiada serahan notis dibuat, memandangkan tujuan siasatan hanya sekadar untuk menasihati pemilik.

“Pihak kami turut bersedih atas kejadian itu, namun MBSP sama sekali tidak pernah menggunakan kekerasan atau tidak bertimbang rasa semasa proses siasatan dilakukan,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad