web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tambang Percuma 2 Hari Bagi Perjalanan Sehala Di Laluan Baharu KTMB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 9:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penduduk Perak dan pelancong ke negeri itu boleh memanfaatkan inisiatif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menawarkan tambang percuma sehala selama dua hari untuk pengguna KTM Komuter Utara pada esok dan 17 September.

Ia bagi perjalanan dari stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen Butterworth, Pulau Pinang dan stesen perantaranya sempena pengoperasian laluan baharu berkenaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata inisiatif dengan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kementerian Pengangkutan itu melalui KTMB itu bertujuan merancakkan lagi sektor pelancongan di Perak selain membantu memudahkan urusan harian penduduk.

"Pemberian tambang percuma sehala ini diberikan bersempena pengoperasian laluan baharu berkenaan.

"Tawaran perkhidmatan percuma selama dua hari ini terhad bagi perjalanan sehala hanya dari tiga stesen yang baharu iaitu Stesen Ipoh, Stesen Sungai Siput dan Stesen Kuala Kangsar ke stesen lain di laluan KTM Komuter antara Ipoh ke Butterworth.

"Sinergi dengan pihak-pihak ini bakal diteruskan bagi merancakkan industri pelancongan 'rail tourism' terutamanya dalam menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 melalui pelbagai perancangan yang giat diatur untuk lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, KTMB dalam satu kenyataan media, memaklumkan, perjalanan tersebut mengambil masa selama 1 jam 56 minit dengan kadar tambang dewasa berharga RM12.80 sehala manakala kadar tambang konsesi bagi kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya ditetapkan pada kadar RM6.40 sehala.

Kenyataan itu menyebut, perjalanan pertama tren berkenaan akan bermula seawal jam 4.40 pagi dari stesen Ipoh ke Butterworth manakala perjalanan sebaliknya bermula pada jam 5.30 pagi.

"Tren terakhir yang beroperasi dari Stesen Ipoh adalah pada jam 6.35 petang dan dari Stesen Butterworth pada jam 7.10 malam," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara atas talian dan merancang perjalanan menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan MyRailtime yang disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkait promosi terkini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau layari media sosial rasmi KTMB.

Pada masa sama, KTMB juga akan menganjurkan hari terbuka di Stesen Keretapi Ipoh pada esok.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk pertandingan mewarna, hadiah misteri dan juga sesi Meet & Greet bersama maskot KTMB, Mr Komi. – Getaran, 15 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Bersemangat Pulang Mengundi, Jualan Tiket Melonjak

2

Selera 3 tahun yang lalu

Kluang Rail Coffee Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Khai Bahar Pilih Kereta Api Daripada Memandu Sendiri

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Laluan Komuter KL Sentral Ke Pelabuhan Klang Pulih Seperti Biasa

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad