web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundi Bersemangat Pulang Mengundi, Jualan Tiket Melonjak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 5:16PM

Tinjauan Bernama di pelbagai laman web jualan tiket bas komersial mendapati laluan ke Pantai Timur dan utara telah habis dijual - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiket pengangkutan awam bagi kebanyakan operator pengangkutan awam laris dan hampir habis dijual berikutan pengundi bersemangat untuk pulang ke kampung untuk menunaikan kewajipan sebagai warganegara bertanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),19 November ini.

Negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah mengumumkan 18 November sebagai cuti umum manakala Kementerian Pengajian Tinggi memberi pelepasan selama lima hari kepada pelajar bermula 17 hingga 21 November untuk menggalakkan mereka mengundi.

Tinjauan Bernama di pelbagai laman web jualan tiket bas komersial mendapati laluan ke Pantai Timur dan utara telah habis dijual.

Jurucakap Sani Express berkata tiket bas telah habis dijual untuk tempoh 16 hingga 21 November ini kerana pengundi membuat pembelian sejak pengumuman tarikh mengundi pada 20 Oktober bagi mengelakkan daripada terlepas peluang untuk mengundi.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya akan menyediakan bas tambahan bergantung kepada permintaan.

“Mengikut sistem kami, kita akan menambah sebuah bas ke utara, begitu juga ke Pantai Timur. Berita baiknya, kami juga akan menambah sebuah bas ke setiap destinasi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menawarkan perkhidmatan tren khas tambahan ke Pantai Timur (716 tiket) dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang menyediakan 2,520 tiket - Gambar Fail Bernama
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menawarkan perkhidmatan tren khas tambahan ke Pantai Timur (716 tiket) dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang menyediakan 2,520 tiket - Gambar Fail Bernama

Bagaimanapun, masih terdapat alternatif lain untuk pulang ke kampung meskipun dengan tempat duduk yang terhad seperti Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menawarkan perkhidmatan tren khas tambahan ke Pantai Timur (716 tiket) dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang menyediakan 2,520 tiket.

KTMB berkata menurut data terkini jualan tiket ETS dan KTM setakat 9 November, sebanyak 93 peratus tiket telah dijual bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak; ke Butterworth, Pulau Pinang (83 peratus); Padang Besar, Perlis (77 peratus) manakala 96 peratus tiket bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Malaysia Airlines pula akan meningkatkan penerbangan daripada 26 ke 44, selain menaik taraf perkhidmatan penerbangan domestik daripada 16 kepada 24 penerbangan menggunakan pesawat berbadan lebar A330 di beberapa laluan meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata tempahan Malaysia Airlines telah melonjak sebanyak tujuh peratus berbanding purata hariannya, dengan hampir 70,000 tempahan penumpang sejak pelancaran "Jom Balik Mengundi" pada 20 Oktober.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu telah meningkatkan kapasiti sebanyak 30 peratus ke destinasi domestik utama di Semenanjung seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu serta Sabah dan Sarawak,

“Terdapat 140,000 tempat duduk disediakan dengan mengoptimumkan pesawat kami bagi menyokong pergerakan pengangkutan udara melalui Malaysia Airlines semasa PRU-15,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kerajaan Perlu Membangun Sistem Pengangkutan Awam Yang Inklusif Dan Holistik

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan DTI Lari: Tambahan 100 Anggota JIM, PGA Digerakkan Pagi Ini - Ruslin

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alhamdulillah Kesemua Penumpang, Pemandu Selamat

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran