web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kluang Rail Coffee Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Kluang Rail Coffee yang terletak di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kluang hari ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Kopitiam Kereta Api Tertua di Malaysia.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 8:02PM

Kluang Rail Coffee yang terletak di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kluang - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kluang Rail Coffee yang terletak di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kluang hari ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Kopitiam Kereta Api Tertua di Malaysia.

Pegawai Pemasaran MBOR Jwan Heah menyerahkan sijil tersebut kepada Pengarah Kluang Rail Coffee Lim Jit Tong dalam satu majlis yang diadakan di kedai kopi stesen kereta api yang berusia 84 tahun itu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis, anak lelaki Jit Tong iaitu Lim Ben Winn selaku Pengarah Kluang Rail Coffee berkata beliau bangga dan bersyukur kerana kedai kopi yang diusahakan moyangnya Lim Huan Hee sejak 1938 itu terpilih dalam MBOR.

Pegawai Pemasaran MBOR Jwan Heah menyerahkan sijil pengiktirafan MBOR kepada Pengarah Kluang Rail Coffee Lim Jit Tong - Gambar Bernama
Pegawai Pemasaran MBOR Jwan Heah menyerahkan sijil pengiktirafan MBOR kepada Pengarah Kluang Rail Coffee Lim Jit Tong - Gambar Bernama

Ben Winn sebagai generasi keempat berkata Kluang Rail Coffee kini mempunyai empat cawangan di Kluang dan bakal membuka satu lagi cawangan di Shah Alam, Selangor pada September ini.

"Kita sangat gembira apabila kopitiam warisan keluarga ini terpilih mendapat anugerah MBOR. Roti bakar merupakan menu utama di kopitiam ini dan ia mampu dijual antara 5,000 hingga 6,000 set setiap hari," katanya.

Sementara itu, Jwan berkata pihaknya berharap Kluang Rail Coffee, KTM dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang merupakan pemilik bangunan kedai kopi itu dapat meneruskan operasi kopitiam berkenaan dengan mengekalkan konsep asalnya sekali gus menjadi antara destinasi pilihan pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain turut senada dan berkata kopitiam itu berpotensi menjadi produk pelancongan bersejarah di negeri ini selain mempunyai banyak ciri menarik termasuk pelanggan yang berbilang kaum. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Zfix Catat Nama Dalam MBR, Tukar Lebih 1,000 Bateri  HP Dalam Masa 12 Jam

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Generasi Masak 10,000 Pek Mi Goreng Sotong Percuma 24 Jam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Bagi Perjalanan Sehala Di Laluan Baharu KTMB

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan Pecah Panggung Sebanyak RM9 Juta, Ponniyin Selvan 2 Turut Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan