web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khai Bahar Pilih Kereta Api Daripada Memandu Sendiri

Biarpun sudah bergelar penyanyi popular, namun Khai Bahar mengakui dia lebih selesa menaiki kereta api terutamanya untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 5:16PM

Gambar: Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Khai Bahar mengakui lebih gemar memilih menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti kereta api berbanding memandu kereta sendiri atau menaiki kapal terbang. 

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu ‘Bayang’ ini, sudah banyak kali dia menaiki kereta api Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis.

“Saya lebih selesa naik kereta api. Boleh lihat pemandangan yang indah. Kalau saya naik kapal terbang, jangka masa perjalanan itu lebih kurang sama saja. Proses nak ke lapangan terbang itu pun sudah memakan masa. 

“Saya akan buat apa yang saya selasa. Saya rasa renyah nak pergi ke lapangan terbang dan memenatkan. Kalau naik kapal terbang pun biasanya untuk persembahan dan telah ditaja,” katanya.

Ditanya kenapa dia tidak gemar memandu sendiri, kata penyanyi berusia 28 tahun ini, biarpun sudah enam tahun bergelar selebriti, namun dia masih belum mempunyai kereta sendiri. 

“Kalau saya beli kereta tak tahu nak guna untuk apa dan pergi ke mana. Kalau nak pergi kerja biasanya saya pergi bersama pengurus. Saya jarang keluar rumah. Saya lebih selesa duduk di rumah. Kalau nak keluar pun, kawan-kawan yang akan datang ambil,” ujarnya.

Biarpun jarang memandu dan tidak mempunyai kereta sendiri, namun Khai tidak kekok saat menyertai pertandingan lumba kereta yang disertainya bersama rakan-rakan selebriti lain seperti Shukri Yahya, Wany Hasrita dan Janna Nick. Malah pernah dua kali menjuarai pertandingan itu. 

Dalam perkembangan lain, Khai kini sibuk dalam persiapan untuk menjayakan konsert pertamanya iaitu ‘Konsert Nafas Cinta Khai Bahar’ yang bakal berlangsung pada 12 Februari nanti.

Menariknya kesemua 300 tiket konsert ini telah pun habis dijual dalam tempoh beberapa jam selepas ia dilancarkan pada 31 Disember yang lalu.

Namun pihak penganjur iaitu Nova Music dan CloudTheatre mengambil inisiatif untuk menayangkan konsert ini secara virtual secara langsung pada hari dan waktu yang sama. 

Tiket tontonan konsert secara virtual boleh dibeli dengan harga RM19.90 pada (13 hingga 27 Januari) dan RM29.90 pada (28 Januari hingga 12 Februari).

Selain Khai, dua lagi penyanyi hebat yang lain turut diundang sebagai artis jemputan ialah Aina Abdul dan Adira Suhaimi. - Getaran, 14 Januari 2022

Gambar : Helmi Anuar menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy A52s 5G

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

2

Politik 1 bulan yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

4

Politik 6 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas