web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Kes Komunikasi Jelik Lokman Adam Bermula 9 Oktober

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 3:32PM

Perbicaraan kes Datuk Lokman Noor Adam bakal berlangsung di Mahkamah Sesyen mulai 9 Oktober ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan dengan perbicaraan bermula 9 Oktober ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan.

"Pihak pengurusan tertinggi AGC mengarahkan kes ini diteruskan dengan perbicaraan dan kami mohon tarikh perbicaraan pada Oktober dikekalkan," katanya yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal ketika sebutan kes itu di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini hari ini.

Selain 9 Oktober, mahkamah turut menetapkan 10, 11, 23 dan 24 Oktober serta 21, 22, 27, 28 dan 29 November ini untuk perbicaraan.

Lokman yang hadir ke mahkamah hari ini diwakili peguam, Logen Eskander.

Pada 29 Mei lalu, Kalmizah memberitahu mahkamah bahawa representasi yang dikemukakan Lokman masih dalam penelitian AGC.

Pada 1 September tahun lalu, Lokman, 50, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook atas nama profil 'Lokman Noor Adam Official' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Mengikut pertuduhan pertama membabitkan bekas Perdana Menteri itu, Lokman didakwa melakukan perbuatan tersebut pada jam 11.16 malam, 20 Ogos 2022 yang kemudiannya hantaran itu dibaca pada jam 8.15 pagi, 24 Ogos tahun sama di Mutiara Villa Jalan Tung Shin, Bukit Bintang di sini.

Bagi pertuduhan kedua pula, Lokman dituduh melakukan perbuatan sama terhadap kerajaan pada jam 10.28 malam, 22 Ogos tahun sama dan pautan itu kemudian dibaca jam 11.30 pagi pada 23 Ogos di sebuah restoran di Jalan Sentul di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 5 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad