web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MySejahtera Pantau Had 2 Jam Pelanggan Di Premis Peruncitan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 3:40PM

Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Had masa maksimum dua jam bagi pelanggan di premis peruncitan akan dipantau menerusi aplikasi MySejahtera apabila mereka mendaftar masuk ke premis, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Katanya aplikasi MySejahtera akan menunjukkan rekod masa masuk secara tepat dan ia akan memudahkan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahupun pihak premis membuat pemantauan sekiranya perlu.

Had maksimum dua jam untuk pelanggan di premis peruncitan termasuk pusat membeli belah diumumkannya semalam, serentak dengan arahan untuk pemilik premis peruncitan mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa mengikut keluasan premis dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter persegi.

Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) itu adalah susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berkuat kuasa esok, (25 Mei).

“KPDNHEP turut memohon pemilik premis untuk menggunakan kaedah masing-masing untuk mematuhi SOP ini, dengan mengingatkan pelanggan premis agar mengikuti arahan dua jam ini,” kata Nanta dalam sidang media secara maya hari ini.

Nanta berkata pegawai penguat kuasa KPDNHEP dengan kerjasama pemilik premis akan turut memantau tempat tumpuan yang dikenal pasti secara rawak untuk memastikan rakyat mematuhi SOP berkenaan.

“Pembeli dinasihatkan merancang dengan bijak mengenai aktiviti membeli-belah mereka dengan mengawal tempoh pembelian sekali gus dapat membantu mengurangkan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya.

Ditanya mengenai sesetengah individu yang membawa kanak-kanak dalam pusat beli-belah, Nanta berkata SOP jelas mengatakan bahawa golongan itu ‘tidak digalakkan’ masuk premis dan bukannya ‘tidak dibenarkan’ kerana kerajaan faham permasalahan yang dihadapi rakyat.

“Contohnya mungkin ada ibu atau bapa tunggal yang perlu membawa anak mereka bersama. Kalau boleh tinggalkan mereka pada saudara terdekat boleh berbuat demikian dan elakkan bawa masuk premis,” katanya.

Nanta dalam pada itu berkata ‘dine in’ dalam kenderaan tidak dibenarkan dan tiada SOP berkenaan aktiviti terbabit.

Menurutnya, idea menikmati makanan dalam kenderaan bersama keluarga mungkin timbul kerana larangan ‘dine in’ dalam premis akibat PKP namun buat masa ini, tiada keputusan baharu mengenainya dibuat.

Menurut laporan yang disiarkan dalam talian hari ini, premis makanan yang menyediakan layanan ‘dine-in’ dalam kereta adalah melanggar SOP dan tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan layanan sedemikian.

Laporan itu memetik Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail sebagai berkata sebuah premis makanan di Miri dikompaun pada Jumaat kerana menyediakan perkhidmatan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar