web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas RM300

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 2:33PM

Penjawat awam dan pesara negeri di Kelantan bakal menerima bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 bulan ini. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bayaran itu akan dibuat bulan ini, namun tarikhnya akan ditentukan kemudian.

"Bayaran penghargaan ini juga akan turut diterima oleh pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan Armalah, guru pondok, guru al-Quran dan Guru Fardu Ain serta Guru Jahitan (Mudaribbah)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan kepada penjawat awam di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd Nassuruddin turut berharap agar semua pihak khususnya Jabatan Negeri dan Persekutuan dapat bekerjasama demi kepentingan rakyat Kelantan.

Mohd Nassuruddin berkata beliau dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri komited untuk menyediakan pelaksanaan sasaran kerangka kerja bagi portfolio masing-masing.

"Justeru, saya dengan ini merangkumkan tujuh pendekatan utama yang saya percaya akan menjadi kekuatan pentadbiran kerajaan negeri bagi penggal ke-15 ini.

"Tujuh pendekatan berkenaan ialah Kepimpinan Ulama dan Teknokrat, Pembaharuan Undang-Undang dan Pertahan Syariah, Pemerkasaan Dakwah dan Pembangunan Insan, Pemerkasaan Pakej Ekonomi Sejahtera, Budaya Kebersamaan dalam Pembangunan, Pembangunan Bekalan Air Bersih dan Akauntabiliti, Budaya Terbuka dan Responsif," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 2 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad