web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khabar Angin Kematian Raymond Goh Adalah Palsu - Keluarga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 6:38PM

Penyampai berita veteran TV3, Raymond Goh masih menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyampai berita veteran TV3, Raymond Goh masih hidup dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya, menurut kenyataan keluarganya hari ini.

Menurut isterinya Faridah Teh dan ahli keluarnya, khabar angin dan laporan yang tersebar mengenai kematian Goh, adalah palsu.

“Kami faham dengan kejutan dan kebimbangan disebabkan khabar angin itu. Tolong abaikan mana-mana sumber yang telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan ahli keluarganya memohon kerjasama semua pihak untuk membuang dan mengelakkan daripada menyebarkan berita palsu, gambar yang tidak sesuai atau hantaran mengenai kematian Goh.

“Kami menggesa semua individu dan media, untuk mengesahkan fakta yang ada, sebelum menyebarkan sebarang berita,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, mereka akan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan Goh menerusi kenyataan rasmi.

Ahli keluarga Goh berterima kasih atas sokongan dan ingatan terhadap beliau dan meminta semua pihak untuk terus mendoakan kesejahterannya.

Penyampai berita itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor.

Goh atau nama Islamnya Mohd Zaman Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 o’clock news dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Beliau telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad