web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Kesihatan Siasat Punca 3 Sekeluarga Dijangkiti Batuk Kokol

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 8:50PM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca tiga sekeluarga di Rompin dijangkiti wabak batuk kokol. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca tiga sekeluarga di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang yang dijangkiti wabak pertussis (batuk kokol), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata siasatan awal mendapati punca jangkitan itu bermula dari ibu kepada dua anaknya, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Penyakit pertussis sentiasa ada dalam negara dan ia telah diklasifikasikan sebagai endemik," katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan antara KKM dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata ketiga-tiga pesakit tersebut sudah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada masa ini tiada kes baru yang dikesan di sekitar kawasan tempat tinggal kes," katanya menerusi kenyataan mengenai situasi terkini kes pertussis (batuk kokol) di Malaysia sehingga 19 Ogos (2023).

Beliau berkata sepanjang tahun ini, sehingga Sabtu lepas (19 Ogos), sebanyak 329 kes pertussis dengan 23 kematian sudah dilaporkan di seluruh negara, menurun 52.8 peratus berbanding 697 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2019.

Dr Muhammad Radzi berkata daripada 329 kes pertussis yang dilaporkan tahun ini, 219 kes atau 66.6 peratus adalah melibatkan warganegara manakala bakinya, 110 kes adalah bukan warganegara.

Beliau berkata bayi berumur bawah 12 bulan adalah kumpulan umur yang mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 189 kes.

"Walaupun jangkitan adalah terkawal, KKM sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pertussis terus terkawal dan tidak menjadi masalah kesihatan utama di negara ini.

"Keutamaan KKM adalah untuk memastikan liputan imunisasi pertussis dalam kalangan kanak-kanak di negara ini kekal melebihi 95 peratus untuk memastikan golongan ini dilindungi daripada mendapat jangkitan," katanya menambah kanak-kanak terutama bayi adalah kumpulan yang rentan kepada jangkitan pertussis.

Di Malaysia, vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan. Ia diberikan dalam bentuk vaksin kombinasi enam serangkai difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B –Haemophilus influenzae type b.

Sambil menggesa ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi lengkap mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan, Dr Muhammad Radzi berkata kanak-kanak yang tercicir imunisasi boleh dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi melengkapkan imunisasi mereka.

Pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis dengan kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak.

Gejala lazim pertussis adalah batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan sehingga dua bulan.

Komplikasi teruk seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian juga boleh berlaku jika tidak mendapat rawatan awal. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

2

Politik 7 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad