web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 5:00PM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tiga, kiri) melawat ruang pameran ketika hadir pada majlis sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan di The Curve Damansara hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membangunkan satu pelan tindakan kesihatan mental untuk kanak-kanak dan remaja, bagi mengatasi peningkatan kes kesihatan mental membabitkan golongan itu.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, adalah satu perkembangan yang membimbangkan kerana mereka adalah pemimpin masa depan negara.

“Pelan tindakan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja akan dibangunkan, supaya masalah ini tidak menjadi semakin teruk sehingga ke peringkat membunuh diri,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Pada 14 Oktober, Dr Zaliha memaklumkan berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), seramai 424,000 orang kanak-kanak di negara ini mengalami isu kesihatan mental, sepanjang tahun lalu dan trend ini dilihat semakin meningkat pasca-COVID-19.

Sementara itu, beliau berkata, literasi rakyat Malaysia mengenai kesedaran untuk menjaga kesihatan mental masih rendah dan KKM akan melaksanakan pelbagai pendekatan, supaya rakyat lebih tahu mengenai kepentingan kesihatan mental terutama ketika pandemik.

Dr Zaliha berkata, orang ramai kini boleh mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan berkaitan kesihatan mental melalui platform digital, antaranya modul MyMinda di aplikasi MySejahtera.

“Melalui MyMinda, pengguna boleh memeriksa status kesihatan mental masing-masing dengan menjawab soalan saringan minda sihat untuk kenal pasti diri, mendapatkan bahan psikopendidikan serta akses terhadap perkhidmatan bantuan sokongan psikososial,” katanya.

Pada majlis itu, beliau melancarkan Modul Latihan Pencegahan Bunuh Diri untuk Responder Pertama yang bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan melatih petugas barisan hadapan, dalam pengendalian kes tingkah laku bunuh diri.

Turut dilancarkan, Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang dibangunkan untuk melatih anggota kesihatan lain seperti Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan dan paramedik di klinik kesihatan seluruh negara.

Dr Zaliha berkata, modul berkenaan dibangunkan susulan kekangan anggota profesional kesihatan mental, terutamanya ketika bencana pandemik COVID-19 dan kini sekurang-kurangnya satu pasukan MHPSS diwujudkan di setiap daerah dan hospital.

Pada majlis itu, beliau juga melancarkan ‘Kempen Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma’ bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, selain sebagai antara inistiatif untuk menangani stigma dan diskriminasi, terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental melalui pelbagai platform.

Dr Zaliha berkata, semua pihak, perlu memainkan peranan untuk menjaga, memelihara dan menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, serta stigma dan persepsi negatif terhadap individu yang mempunyai masalah mental, perlu dihapuskan.

Beliau berkata, disebabkan stigma yang menganggap individu dengan penyakit mental ini tidak boleh diubati, ia mengakibatkan jurang yang meluas bagi pesakit mental untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad