web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2025 7:42PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi tempoh empat bulan untuk melaksanakan pemutihan menyeluruh peniaga tidak berlesen atau dikenali sebagai peniaga 'rambo' di ibu kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata la merupakan antara pendekatan untuk melestarikan peniaga, khususnya peniaga kecil-kecilan dan penjaja untuk mendapatkan lesen.

"Kita (DBKL) akan benarkan hingga Ogos ini untuk semua peniaga yang tiada lesen tampil dan berurusan dengan kita untuk mendaftar serta mendapatkan lesen berniaga di sekitar Kuala Lumpur. Kita ada pelbagai jenis lesen sebenarnya, bergantung kepada keperluan masing-masing, Insya Allah kita akan membantu dari sudut itu.

"Kena faham, tidak semua kita boleh berikan lesen, ada pertimbangannya. DBkL perlu melihat kepada keseluruhan ekosistem penjaja dan cadangkan penyelesaian yang lebih strategik, bukan hanya berasaskan status quo sahaja," katanya selepas program Semarak Aidilfitri di Dataran DBKL di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata pada masa ini pihaknya tidak mempunyai jumlah peniaga tidak berlesen, namun berharap langkah pemutihan itu dapat memberikan data dan pemetaan dalam isu itu.

Beliau berkata walaupun seseorang penjaja itu mendapat lesen, mereka perlu mematuhi peraturan dan tidak bermakna mereka bebas berniaga di mana-mana kawasan sehingga membahayakan keselamatan orang lain.

"Contohnya, di kawasan terbuka dan ramai orang, kita tidak boleh benarkan menjual bahan-bahan yang mungkin mudah meletup seperti belon yang ada hidrogen. la sangat bahaya," katanya.

Mengulas mengenai trend trak makanan dan gerai di kaki lima, beliau berkata pihaknya akan memperhalusi prosedur seperti memastikan ada ruang pejalan kaki, mewartakan sesuatu kawasan untuk tujuan berkenaan atau dibenarkan beroperasi pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Beliau turut meminta peniaga dan orang ramai untuk menjaga adab dan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ketika menjalankan tugas mereka.

Terdahulu, Dr Zaliha dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif menyampaikan sumbangan zakat berupa wang tunai RM200 kepada 500 orang asnaf termasuk anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan mereka yang kurang kemampuan, manakala 500 lagi dijangka menerima bantuan itu secara berperingkat.

Bantuan sejumlah RM200,000 itu adalah sumbangan wang zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

2

Politik 7 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad