Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek Hospital Kemaman Baharu Kini 75 Peratus, Siap Ogos 2024

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Nov 2023 4:53PM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (dua, kanan) bertanyakan keadaan seorang pesakit di Klinik Kesihatan Air Puteh ketika beliau melakukan lawatan kerja ke klinik tersebut hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Projek pembinaan Hospital Kemaman baharu di Kijal kini sudah siap 75 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya pada Ogos tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian.

“Projek ini agak besar…dan akan dilengkapi dengan peralatan dan perubatan yang mungkin lebih baik dan canggih.

“Bulan Ogos insya-Allah harapnya siap dan sebelum berakhir tahun hadapan boleh digunakan,” katanya kepada media selepas melawat Klinik Kesihatan Air Putih di sini, hari ini.

Ditanya mengenai Hospital Kemaman sedia ada dekat sini yang masih digunakan, Dr Zaliha berkata, hospital itu akan dijadikan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kemaman, yang akan memberi keutamaan spesifik kepada dua golongan itu.

Mengenai pembangunan fasiliti kesihatan di Terengganu, Dr Zaliha berkata, sebanyak 58 klinik daif sudah dikenal pasti dan daripada jumlah itu, 54 klinik sudah dibaiki dan dinaik taraf, manakala empat lagi akan siap selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Tahun hadapan pula kita rancang untuk tingkat kualiti dan kemudahan infrastruktur dan fasiliti kesihatan Terengganu melalui Belanjawan 2024, membabitkan RM175 juta melibatkan beberapa projek termasuk sembilan projek baru dan 11 projek sambungan,” katanya.

Ditanya persiapan banjir, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa fasiliti kesihatan di Terengganu yang berisiko dilanda banjir, namun persiapan awal telah diambil termasuk bersedia memindahkan pesakit terkesan ke fasiliti kesihatan lain.

Mengenai pesakit yang ingin mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember ini, Dr Zaliha berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), untuk membantu pesakit yang stabil menjalankan tanggungjawab mereka.

Ditanya mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, Dr Zaliha berkata, ia akan dibentangkan segera dan melibatkan beberapa pindaan.

Sebelum ini, pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.

Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 bulan yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Cadangan Wujudkan Kawasan Khas Merokok Belum Dimuktamadkan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Semasa 1 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo