web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelangsungan Hidup Petani, Nelayan, Keutamaan Kerajaan - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:59PM

Anwar Ibrahim di Program Sentuhan AGRO di Sekinchan hari ini - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Menjamin kelangsungan golongan petani dan nelayan menjadi keutamaan kerajaan selain menggerakkan beberapa usaha yang berdampak besar dan memberi manfaat yang sebaiknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut sepatutnya dibicarakan oleh semua pihak ketika masyarakat dipaksa dengan politik kebencian yang tidak berkesudahan. 

“Adalah menjadi komitmen kerajaan bahawa golongan petani, peladang dan nelayan dibela sebaiknya,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini. 

Menurut Perdana Menteri beliau telah menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan golongan petani dan nelayan antaranya menyalurkan bantuan subsidi dan insentif untuk industri padi dan beras berjumlah RM1.62 bilion.

 “...menyediakan sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan sebanyak RM228 juta, meneruskan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut dengan kadar bayaran RM300 sebulan dan lain-lain,” katanya. 

 Anwar berkata Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan sebanyak RM5.39 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi tahun ini iaitu kenaikan sebanyak 12.06 peratus berbanding  RM4.81 bilion pada tahun 2022.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad